Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Seleksi Khayalan



Gadis komik?


Pendingin hawa pusat beli belah itu sungguh sejuk, sehingga menusuk ke tulang hitam. Fe berkhayal dengan telefon mudah alihnya sementara menuggu lama ayahnya di mesin ATM Ambank warna merah pekat. Sekitar pasar raya waktu ini sangat lesu dan lenggang daripada hari biasa yang sentiasa dilimpahi dengan lautan manusia, namun amat berbeza sekali pada malam ini. Bukan langsung tiada manusia di pusat beli belah ini, tetapi kehadiran orang ramai tidak semeriah seperti kebiasaannya. Fe masih lagi berfoya-foya dengan telefon mudah alihnya, dia lihat ayahnya masih menunggu giliran di mesin ATM dan berada dibelakang dua orang dihadapannya. Jarum jam merangkak kepukul 10, minit pula berjalan ke angka 9, saat pantas berlari menuju detik ke detik. Fe bosan menunggu ayahnya yang lama itu, lantas dia berjalan melalui lorong luas disuatu kawasan pasaraya. Dilihatnya kedai menjual kacang,jelly dan asam disebelah kanannya, dia mengorak lagi langkahnya ke hadapan lalu menemui kedai menjual aneka Donat. Lalu dipalingkan kepalanya kepada sudut 90 darjah dan mendapati sebuah kedai serbaneka, ditengah-tengah kedai itu disusun dengan teliti pelbagai jenis coklat daripada Cadbury,Kinder Bueno dan Ferero Rocher semuanya bercitarasa tinggi. Dia membuang pandangannya kepada satu ruang sudut yang agak bersepah, surat khabar, majalah serta komik tidak disusun rapi. Dilihatnya seorang budak perempuan berbaju kurung indigo berbunga merah jambu sedang membelek-belek komik-komik yang disusun diatas rak itu. Fe tidak nampak wajahnya  tetapi melihat daripada tubuh belakang budak perempuan itu. Pandangannya terhenti lama kepada gerak geri budak perempuan berbaju kurung itu, sehingga suatu saat budak perempuan yang memakai baju kurung itu menolah kearahnya. Fe segera membuang pandangannya ke tempat lain. Rupa-rupanya berkaca mata budak perempuan itu. Dia segera mempercepatkan langkahnya ke hadapan dan lantas meninggalkan tempat dia berdiri melihat budak perempuan berbaju indigo itu tadi. Setelah dia berpaling daripada pandangannya tadi, Fe masih terasa bahawa budak perempuan itu masih lagi memandangnya. Tetapi kenapa? mungkin budak perempuan itu perasan bahawa Fe memerhatikannya agak lama.

Ayahnya kembali setelah memeriksa baki akaun di mesin ATM itu. Dia dan bapanya segera meluru keluar ke pintu barat pusat beli belah itu.Fe masih lagi terpacak di bibir pintu automatik itu. Dia perlu menemui budak perempuan itu untuk bertanyakan jikalau ada apa-apa yang boleh membuat mereka berhubung kembali. Namun dia enggan. Fe tidak berani berhadapan dengan budak berkaca mata jernih itu. Dia juga terkilan kenapa dia tidak berjumpa dengan budak perempuan itu sedangkan dia mahu mengenalinya dengan lebih rapat.  Cukuplah jika hanya sekadar tahu nama budak itu. Dia benar-benar terkilan. Sudah begitu terlambat untuk memusingkan kembali masa, kerana kini dia telah berada didalam kereta. Hah! kenapalah aku ni lembab sangat? . Dia meronta-ronta ingin kembali ke pusat beli belah itu, namun suara kecil didalam hatinya hanya mampu didengari olehnya sendiri dan bukan ayahnya. Biarlah budak komik itu menjadi igauan dalam illusinya. Jika ada saat bertemu, maka bertemulah kita dilain hari. Fe kembali kepada dirinya semula,  menyumbatkan telinganya dengan benda hitam yang disambungkan wayar terus ke telefon bimbitnya lalu rancak melayan irama melodi muzik kegemarannya. Malam itu berakhir dan budak komik itu masih lagi menjadi nostalgia mimpinya ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!