Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Friday, November 19, 2010

Ku pohon restu guru-guru!

Assalamualaikum, semua bloggers dan readers! lama betul Ezao tak berkumandang diblog Ezao sendirikan? blogger-blogger semua tahu kan kenapa? ...

Baiklah! sebenarnya motif Ezao update blog yang dah lama bersarang ni sebab nak buat makluman. haha. makluman apa ye? tak adalah, saja je mahu bertanya khabar dengan bloggers dan readers semua. rindulah nak update blog, tapi Ezao mintak maaf, Ezao memang tak ada masa!

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA! tinggal 2 hari je lagi untuk membuka tirai. Cuaknya tak terkatalah! dan semalam (JUMAAT),di sekolah ada program Restu Ilmu, yang amat sedih untuk kami (pelajar-pelajar tingkatan 5). Macam-macam riaksi ada. Daripada yang muka COOL terus jadi cair. haha.



Paling hadapan Abiza, diikuti Samsul... belakang dia siapa ek?
dan seterusnya Faiz dan belakang sekali ... HAHA. MrEzao la!


Ku pohon restu!

Cikgu Rohaya bt Abu.
Cikgu paling lama di sekolah kami!


Program Restu Ilmu semalam memang sedih dan sayu beserta sebak! Ramai jugaklah yang tersentuh jiwa dan raga apabila bersalaman dengan cikgu-cikgu pohon restu untuk dihalalkan ilmu, Ezao pun nak nangis gak tau time tu, tapi cover sikit. HAHA.

Buktinya? tu... sekumpulan pelajar-pelajar
perempuan sedang teresak-esak melayan perasaan.


Tak sangka Ezao yang Ezao ni dah habis sekolah, cuma belum habis SPM je. Sedih berbaur pilu pun ada nak tinggalkan sekolah Ezao ni yang setelah 5tahun Ezao datang menimba dan menuntut ilmu!


p/s: Terima kasih kat page FACEBOOK sekolah, sebab dah upload gambar-gambar semalam. Sorry lah sebab main copy je gambar-gambar ni, Ezao lupa bawak kameralah! hehe!


Berikut ialah jadual peperiksaan SPM Ezao:

SELASA 23 NOVEMBER 2010
Bahasa Melayu K1/K2

RABU 24 NOVEMBER 2010
English p1/p2

KHAMIS 25 NOVEMBER 2010
Sejarah K1/K2

ISNIN 29 NOVEMBER 2010
Mathematics p1/p2

SELASA 30 NOVEMBER 2010
Pendidikan Islama K1/K2

RABU 1 DISEMBER 2010
Additional MATH P1/P2
KILLER

KHAMIS 2 DISEMBER 2010
Science P1/P2

KHAMIS 9 DISEMBER 2010
Prinsip Perakaunan K1/K2

ISNIN 20 DISEMBER 2010
Ekonomi Asas K1/K2

Oleh yang demikian, Ezao pohon maaf dan doa daripada semua blogger dan reader okay! doakan Ezao dapat buat sebaik mungkin dan dapat banyak A+! terima kasih semua! kita jumpa lepas Ezao habis SPM !

Blogger Templates

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!