Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Saturday, October 16, 2010

Rancaknya mengUlangkaji.

Salam rindu untuk semua blogger dan reader sekalian! huh! mengeluh panjang, lamanya Ezao tak mengupdate blog kan? sepertimana yang anda semua tahu dan telah termaktub di entri lepas Ezao sememangnya sudah memaklumkan awal-awal lagi mengenai kesibukan Ezao yang akan berlarutan sehingga ke bulan 12 ni?

Hari ini Ezao ada peluang sikitlah nak jenguk teman-teman blogger kat sini dan adalah jugak masa nak buat satu entri ringkas ni. Lebih kurang seminggulah jugak kan Ezao tak menjelajah dunia blog? ini semua angkara SIJIL PELAJARAN MALAYSIA yang tak lama lagi bakal membuka tirai. haha, cuak ni. Tapi itu bukanlah faktor dominan untuk Ezao tidak blogging. SPM memang tak dapat Ezao elakkan, SPM tetap SPM! hehe. Oleh itu,hari ini Ezao nak kongsi sedikit cerita minggu ini dan hari ini.

Sepanjang minggu ni, sibuk belajar mathematical subject. Huh~ seronok giler! betu tak tipu. Banyak jugak yang Ezao dah belajar. dan Alhamdulillah, kawan-kawan seperjuangan jugak pun dah ada kesedaran nak belajar. haha. takpe-takpe studi last minit best lah! Tadi ada kelas tambahan MATEMATIK. Terbangun lewat. Kelas mula pukul 8.00 pagi. Tetapi Ezao terbangun pukul 8.15pagi. haha! ... kelam-kabut, mandi pun tak basah, apatah lagi sarapan pun tak sempat Ezao nak menjengah. dan .... setibanya Ezao di kelas!... HAMPA! bukan apa. ingatkan Ezao lah pelajar yang terlambat sekali yang hadir, rupanya sampai-sampai saja Ezao merupakan pelajar lelaki pertama yang sampai, yang lain semua kaum-kaum hawa. haha.

Habis saja kelas tambahan pukul 10.00, gerak kedai depan sekolah tu pergi topup sarapan balik. Makan roti canai kosong je. Selepas tu, planning dengan kawan-kawan semua nak study group di perpustakaan. Alhamdulillah. sangat seronok belajar bersama-sama mereka.

Ni ada beberapa keping gambar yang sempat Ezao curik-curik tangkap. hehe!


-S E K I A N-

Itu je lah yang Ezao nak ceritakan, tak ada apa yang menarikkan? haha! Kini Ezao dan kawan-kawan lain kian rancak mengulangkaji,berdiskusi dan sharing-sharing ilmu masing-masing! credited untuk koranglah! Fahmi,Sam,Haery,Haffiz,Yana,Ainur,Anum .

Blogger Templates

2 comments:

  1. ko boleh join jgk dgn pmpuan? aku msa SPM xjoin dgn pmpuan ulangkali sbb bila dorg ada aku yg selalu kena kaco! cis! al maklumlah aku pndiam masa tu mmg selalu jd mangsa je la... hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!