Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Saturday, October 23, 2010

Projek Blog?

Salam semua. Wahh! lamanya Ezao tak berkumandang di blog kan? haha... maklumlah budak nak SPM masa nak menyentuh keyboard pun tak ada. agak keterlaluan mengada-ngada ayat tu kan?
OKAY! entri kali ni ringkas je, sebab banyak gambar untuk Ezao kongsikan. Tanpa membuang masa jom kita tengok.

17 Ogos lepas, Ezao bersama 3 orang kawan yang lain iaitu Muzakkir,Saufi dan Secha telah menyertai Pertandingan Membina Laman Blog PSS anjuran PUSTAKAM. Pertandingan tu diadakan selepas kami melepasi beberapa peringkat. Mula-mula kami kena melepasi peringkat pemilihan, iaitu pihak penganjur akan memilih 10 sekolah selruh negeri Melaka yang paling layak untuk ke peringkat kedua, iaitu peringkat pembentangan.
Peringkat pemilihan (25 buah sekolah) > Peringkat pembentangan (10 terbaik) > Penghakiman
Sesi menghafal skrip.
Masa ni, semua tengah cuak. haha!

Setibanya kami kat SMTDSMZ (tempat yang akan kami buat pembentangan) guru pembimbing kita orang Cikgu.Azlina kena buat cabutan nombor untuk menentukan nombor giliran kami semua buat pembentangan. Selesai membuat cabutan ... Kumpulan kami memperolehi angka nombor 9?! nombor kedua terakhir untuk membentang? lambatnya.


Proses menunggu. 10.00 hingga 11.59

Bosan.
Semua kumpulan-kumpulan lain tengah buat persiapan masa ni.
Tetapi kumpulan kami? haha. Kelakar! boleh bergurau-gurau lagi.
Macam nak tak nak je membentang.

Sekarang tibalah masa untuk kumpulan ke sembilan untuk membuat pembentangan. Seriously, memang cuak tengok muka para hakim yang bengis-bengis tu. haha! Tapi tak mengapa. Usaha tangga kejayaan! haha!

Sesi Pembentangan!
Selesai pembentangan. Huh~ lega rasanya.


Selepas selesai sesi pembentangan semua sekolah. Kini tiba masanya untuk proses kita mengetahui siapa ditempat pertama,kedua,ketiga sehinggalah yang kesepuluh!

dan ... Keputusan pertandingan tersebut adalah seperti berikut

KEDUDUKAN

SEKOLAH

1

Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin

2

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan

3

Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas

4

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh

5

Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China

6

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said

7

Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat

8

Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi

9

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin

10

Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah


Kumpulan Ezao hanya berjaya memperoleh geleran Naib Johan Peringkat Negeri. Sekolah teknik tu kacau betullah. haha! Tetapi tak mengapa. bersyukurlah... Tetapi hadiahnya tidak diberikan pada hari tersebut. Kena tunggu sehingga 19 Oktober 2010 hari selasa lepas.

Petang hari selasa lepas kami menuju ke tempat pengambilan hadiah tu, Ezao pun dah lupa kat mana, tak ingatlah. Dan selepas sesi pengambilan hadiah tu, kami melepak di Jusco Bandaraya Melaka, sementara menunggu Cikgu Azlina ke jamuan akhir tahun sekolah kami di Hotel Naza!


Muka-muka yang sedang menunggu hadiah.
Dari kiri Muzakkir,Saufi dan Ezao!

Lepas tu kami ...

Foya-foya sekejap di Jusco!
Inilah kumpulan blog Ezao!
Dari kiri Muzakkir,Ezao, Cikgu Azlina, Saufi dan Secha!

-Tamat!-

3 comments:

  1. wah... dpt naib johan! tahniah! :D
    hebat tu!

    ReplyDelete
  2. salam ezao,
    Tahniah...yg penting smgt berpasukan.
    nmpk semua amik peranan masing2.
    Good job...

    ReplyDelete
  3. salam ezao...
    yup yg satu ringgit tu wang 1st series hingga 4th series malaysia.
    iaitu dari tahun 1967-1983.
    semua huruf dimulai dgn abjad 1.
    kecuali A/1, B/1 dan C/1 ja belum dapat.hehehe...
    skrg sab di hospital temerloh.
    abah masuk hospital.
    sab jaga abah di sini...sab tinggal dlm hospital.
    doakn abah sab cpt sembuh ya...terima kasih ezao.
    gud luck for your exam ezao..
    wat yang terbaik...
    sab doa semoga ezao dpt keputusan yang cemerlang.
    amin..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!