Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Wednesday, October 6, 2010

Myfriends2u.com Laman sosial tempatan!

Salam semua para pembaca!
Ezao kali ini nak tulis entri mengenai sesuatu penciptaan baru oleh orang tempatan kita sendiri, dan benda ni bolehlah jugak dibanggakan! Tanpa melengahkan masa, jom kita baca entri ni ...

Korang semua tahu tak apa Myfriends2u.com tu? haha! mungkin ada yang jawab tak, dan mungkin yang ada jawab ye! Ezao sendiri pun baru je tahu pasal ni. Sebenarnya Myfriends2u.com ni merupakan satu laman sosial yang dibangunkan oleh anak tempatan kita tau! Bangga tak? kiranya benda ni samalah tarafnya macam Facebook.com, Myspace.com dan Twitter.com tu!

Laman sosial ni dibangunkan oleh syarikat tempatan kita jugak! Netxpert Sdn. Bhd. iaitu yang baru je beroperasi kira-kira empat bulan lalu.Ketua Pegawai Eksekutif Netxpert ni berkata yang Myfriends2u.com ni bukan sekadar dapat berkomunikasi je malah korang boleh membuat satu komuniti sehenti dalam kalangan rakyat Malaysia ... Kalau nak lebih faham, jom baca ulasan ni.

Kita membangunkan portal ini agar ia dapat menjadi pusat sehenti kepada pengguna kerana ia merangkumi hampir semua perkhidmatan yang diingini mereka dalam sebuah portal laman sosial.

Pembangunan myfriends2u.com juga merupakan satu inisiatif Netxpert untuk menyatukan komuniti Malaysia dan Asia dalam satu portal buatan anak tempatan. Kita mahu memperkenalkan negara Malaysia melalui portal ini,



Apa kelebihan Myfriends2u.com ni?
  • Muka laman pengguna boleh diubah mengikut spesifikasi dikehendaki pengguna untuk menjadikan portal ini lebih mesra pengguna.
  • Myfriends2u.com mewujudkan kumpulan "U Life" untuk menyatukan semua pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia dan juga mereka yang menuntut di luar negara.
  • Myfriends2u.com juga boleh melakukan kolabarasi bersama agensi kerajaan agar masyarakat umum mudah memperoleh maklumat atau mendekati mereka.
  • Segi keselamatan pula, pihak pengurusan laman ni akan sentiasa memantau setiap posting yang dilakukan pengguna portal laman berkenaan untuk memastikan isu-isu sensitif, politik dan keagamaan tidak disalahgunakan oleh mereka tidak bertanggungjawab.







Lepas ni korang boleh la Sign-Up untuk Myfriends2u.com pulak. Kita patut berbanggalah dengan penubuhan laman ni. Orang Malaysia yang bangunkan tu! Jom tambahkan lagi pengguna berdaftar laman ni!

Pssst! lepas ni, kuranglah penghuni Facebook dari Malaysia! hehe! Ezao pun nak Sign-Up jugak ni! tak nak ketinggalan perkembangan teknologi!

Blogger Templates


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!