Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Friday, October 1, 2010

Gliese 581g ? BUMI baru?

Salam semua para blogger dan reader? semoga ceria selalu hari ini. Okaylah, Ebtri kali ni Ezao mahu menulis mengenai penemuan baru oleh pakat astronomi. Nak tahu lebih lanjut tak? okay jom, kita baca entri khas mengenai dunia angkasa ni.

Kita terus menuju ke isi entri ini ye? Okay, pakar astronomi Amerika Syarikat baru-baru ini memberitahu penemuian mereka terhadap sebuah planet baru dikenali yang dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, bestkan nama planet ni? Planet Gliese 581g ni, terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan, kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi. Planet ni jugak mengelilingi bintang tau, sama macam matahari.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.




Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu, lama giler nak sampai kan?.Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii.

err ... adakah ini bermakna bahawa, manusia akan mempunyai satu lagi planet kediaman selepas bumi? itu masih lagi menjadi satu manifestasi.

Blogger Templates

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!