Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Thursday, October 7, 2010

FAKTA uban?

Salam semua! Entri amat malas hari ni mahu berblog ... tak tahu lah kenapa. Tapi dalam malas-malas ni Ezao gatal gak nak mengUpdate blog ni. Bagai isi dengan kuku kan, susah nak beregang dengan blog Ezao' Edogawa ni.

Okay-okay, tak nak merepek dah. Entri kali ni Ezao nak kongsi mengenai UBAN.Maksudnya rambut beruban lah tu.Okay jom kita mulakan pembacaan!

Punca rambut korang beruban?
  • Korang mungkin kekurangan vitamin B6 yang menyebabkan kekurangan sel darah merah dalam badan korang. (Ezao setuju punca yang ni)
  • Korang mungkin jugak kekurangan sumber protein untuk pembentukan sel badan korang kot .?
  • Penggunaan bahan kimia secara berlebihan pada rambut korang pun mempengaruhi jugak.
  • Tekanan yang berlebihan yang mempengaruhi aktiviti hormon!
  • Mungkin jugak korang pernah mengalami penyakit tertentu (mana ada! Ezao tak pernah ada penyakit pun)
  • Teknik mewarna, bleaching dan rebonding berlebihan menyebabkan rambut mudah beruban.
  • Faktor genetik.
  • Makanan segera dan makanan yang diawet meningkatkan risiko beruban
  • Uban gejala awal kebotakan (hape? Ezao tak rela!)
Cara mengatasi masalah rambut beruban korang macam mana?
  • Ambil makanan yang tinggi kandungan protein. Makanan tambahan yang bersifat anti uban juga boleh dimanfaatkan untuk membantu mencegah proses tumbuhnya uban.
  • Vitamin B kompleks dan vitamin B5 dapat membantu mencegah proses perubahan akibat daripada kekurangan nutrisi. Nutrisi daripada vitamin2 ini memberi warna hitam pada rambut. Contohnya gandum, beras, hati ayam dan hati lembu
  • Vitamin E baik untuk merangsang sistem peredaran darah di kulit kepala bagi melambatkan pertumbuhan uban. contohnya, urutan dan creambath
  • Sekiranya tak ada pilihan, warna kan je rambut korang tu!. Sebaiknya, pilihla warna rambut yang mengandungi bahan semulajadi
  • Kaedah penanaman rambut atau hair multiplication. Rambut sihat ditanam lebih banyak dan sel rambut baru akan menutupi uban.
Ada orang kata, kepala beruban ni sebab banyak berfikir? Ezao banyak berfikir ke? haha!
dan ada jugak orang yang cakap, uban ni cahaya jika kita di liang lahad nanti. Fikir-fikirkanlah.


Kalau LadyGaga ni uban ke?


Ezao sebenarnya pulish entri ni untuk Ezao sendiri! sebab Ezao risaulah, kepala Ezao ni dah beruban! anda ada cadangan untuk hilangkan uban dikepala tak?

Blogger Templates

2 comments:

  1. Nasib baik blm ada uban lagi

    ReplyDelete
  2. haha. ezao ni pun tak tahulah ... muda-muda lagi dah ada uban. haih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!