Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Sunday, October 3, 2010

Entri saja-saja!

Salam semua! okay entri kali ini tiada apa-apa isi penting yang berfaedah untuk semua blogger tahu. Entri kali ini hanya sekadar repekkan saya sahaja untuk minggu ini, kepada blogger ataupun readers yang tak nak baca pun tak mengapa. dan kalau ada yang nak teruskan membaca, selamat membaca!

Okay repekkan pertama, semalam hari sabtu 2 oktober 2010 kan? haha. semalam buat rumah terbuka khas untuk classmate-classmate saya, sorry lah tak jemput blogger semua,saya tahu saya salah. Raya tahun depan saya jemput ekh?! Semalam boleh tahan lah kepenatannya, memang penat tahap ....? apa-apa tahaplah, yang penting tahap tu memang tahap yang sangat-sangat kritikal. Melayan classmates dari jam 12.00 tengahari hinggalah 7.30 malam. Mak ai, tak habis-habis bergelak tawa, sampai nak tercabut anak tekak . Rumah terbuka semalam dijalankan untuk dua sesi, sesi pertama untuk classmate-classmate saya dan untuk ke second round punya untuk kawan-kawan abang dan ayah saya. Penat ehh!

Yang tadi tu, repekkan pertama! yang ni yang kedua pulak, maaflah ayat entri saja-saja ni melintang-pukang sikit, maklumlah pemikiran bercelaru macam dah terjangkit dengan split personality lah pulak! ... okay, jom sambung repekkan saya ni, selepas habis saja rumah terbuka kat rumah saya semalam, direct malam tu jugak ayah saya ajak gerak pergi balik kampung kat Johor. Masa ni dah pukul 12.00 kot. Tak berapa ingatlah sebab time ni saya dah terbuai sampai mana entah. Tidur dalam kereta, berhentak-hentak sebab jalan tak rata, memang selesa macam tidur dekat hotel MARRIOT . Ayah saya, saja je ajak balik Johor, maklumlah dia kan cuti panjang. Oleh itu, saya baru sahaja balik ke rumah pukul 7.00 tadi. Kesimpulannya, kepenatan hari ini dan semalam masih lagi berlipat kali ganda.

grrr! melalut kan entri saja-saja ni?! terima kasih kerana membaca repekkan saya yang melalut ni. saya main hentam je tulis entri ni. Esok saya pasti akan kembali dengan wajah cemerlang! okaylah, saya nak pergi topup masa tidur saya yang tak cukup ni!

Blogger Templates

1 comment:

  1. berehat lh iyer ezao.
    sabri di langkawi skrg.
    bercuti smpi rabu....
    ponteng study...
    bgs nyer perangai sab kn...
    salam

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!