Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Tuesday, October 5, 2010

AWAS! Komputer Riba membakar kulit?

Salam ceria kepada semua readers dan bloggers. Opps! Anda semua ada komputer riba? atau bahasa yang selalu diguna pakainya Laptop? haha... Entri kali ini Ezao nak bagi tahu yang penyalahgunaan laptop dapat membakar kulit-kulit korang semua dan mungkin korang pun pernah buat benda ni, jadi hati-hatilah ye selepas membacanya!

Korang nak tahu tak? pengguna-pengguna termasuklah kalau ada antara korang yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat buruk tu sebab ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar! ni bukan Ezao yang pandai-pandai cakap sendiri ek! tapi kumpulan penyelidik dari Switzerland yang buat kajian pasal ni.

Korang semua nak bukti? tengok dan baca gambar ni!



Ezao tak tahu siapa nama budak ni, tapi yang jelas...
tu tengok kulit dia. haa tu la simptom-simptomnya.
Budak ni main, permainan video untuk beberapa jam sehari
dalam jangka masa beberapa bulan dan hasilnya tuu ...


Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.cuma tak best je la, kalau korang nak pakai seluar pendek? habislah kantoi kehitaman kat bahagian kaki tu. Tak cantik! nampak macam cacat lah kan?

Pssst! kalau ada yang online Laptop dengan meribakan Laptop korang kat riba korang. Awas ye! Ezao pun ada gak buat kadang-kadang tapi tak lah lama. Oleh itu peha Ezao putih lagi. hehe!

Blogger Templates



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!