Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Sunday, September 12, 2010

UPDATED: Kes Pembunuhan Dato' Sosilawati

UPDATED:Sah Datuk Sosilawati, tiga lagi mati dibunuh dan mayat dibakar

BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, hari ini.Tiga lagi individu ialah pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. – Bernama


sama-samalah kita doakan al-Fatihah dan takziah kepada keluarga mangsa. -amin-

Blogger Templates


2 comments:

  1. kenapa entri terakhir??? kami semua ternanti2 akan berita yg akan disiarkan oleh anda mr ezao'.. don't give up to usha.... hehe.

    ReplyDelete
  2. HAHA! KAU NI MOZEKK! ternanti2 lahh sangat!
    nahh tu ada entry baru tu ...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!