Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Thursday, September 30, 2010

Sikap rakyat Malaysia!

Salam ceria semua kepada blogger dan reader, ni Ezao mahu cerita sedikit mengenai sikap segelintir rakyat Malaysia ni. Sikap mengenai apa? okay biar Ezao terus terang ... pernah lihat tempat parking OKU? dan pernah tak anda semua lihat van Ambulan yang sedang melulu laju dalam kecemasan? okay semua persoalan tu Ezao nak kupas dalam entri ni.

Cerita nya begini, tadi Ezao pergi ke bandar Melaka beli barang sikit, selepas tu nak pergi makanlah ... carilah parking. Cari punya cari, Ezao ada terperasanlah parking khas OKU telah digunakan, tetapi bukan oleh orang-orang OKU malah telah diambil oleh mat-mat motor yang tak faham baca simbol OKU kat parking tu kot.




Gambar ni Ezao amik sendiri,
memang tak patut diorang buat macam ni,
memang lah parking OKU tu selalu kosong,
tapi kita tak patut manfaatkan kemudahan tu
untuk kepantingan diri kita kan?!


Dalam perjalanan balik pulak, ada lah Ambulan dalam perjalanan kecemasan. Macam biasalah kita sebagai pemandu, bila nampak Ambulan yang dalam kecemasan macam ni, kita patut ketepikan kereta kita dan bagi laluan pada Ambulan kan? tetapi tidak. ada jugak segelintir pemandu kereta yang berdegil tak nak ketepi.




Jika diluar negara, semua pemandu secara automatik akan memberi laluan kepada van Ambulan ni. Bukan nak banggakan negara luar, tetapi kita sepatutnya menjadikan mereka model untuk, menjadikan negara Malaysia sebuah negara maju, bukan dari segi pembangunan sahaja, sahsiah juga perlu jugak terpuji! baru maju namanya!


itulah sikap segelintir rakyat Malaysia yang tak prihatin, as a saying goes we should have to turn over a new leaf! . Berubah kepada sesuatu yang lebih baik, akibat nila setitik,rosak susu sebelanga. Tepuk dada,tanya hati!

Blogger Templates




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!