Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Friday, September 17, 2010

Sekolah khas para HAMIL!


KERJA pengubahsuaian bangunan lama SAMB giat dijalankan bagi menyiapkan bangunan sekolah Harapan yang diwujudkan kerajaan negeri khusus bagi menampung remaja hamil di negeri ini di Jasin. - Foto Nashairi Mohd Nawi.

Sekolah khas untuk pelajar hamil di buka 15 September 2010! sensasi kan?hehe ... jom baca lagi!


JASIN,MELAKA- Walaupun masih belum mempunyai pelajar, sekolah untuk remaja hamil di luar nikah dikenali sebagai Sekolah Harapan di sini secara rasmi telah memulakan operasinya semalam.

Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, pada masa kini, sekolah berkenaan masih belum mempunyai pelajar namun pihaknya telah menerima beberapa panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada keluarga remaja mengandung dari beberapa buah negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) .

Kelakar bila terdengar ada sekolah yang macam ni. Bukan lagi menggalakkan ke jika sekolah ini ditubuhkan? pehh... aku sebagai penduduk negeri Melaka ni terkena impaknya. maklumlah "cubit peha kiri,peha kana pun terasa" kan? betul ke peribahasa ni? aku taip je!


Inilah antara gimik gambar.
macamni lah agaknya rupa pelajar-pelajar tu?

psst! apa-apa pun tahniah kepada kerajaan negeri Melaka sebab menubuhkan sekolah harapan yang macam ni. moga-moga masalah pembuagan bayi yang semakin hangat diperdebatkan ini dapat diatasi!


Blogger Templates



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!