Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Sunday, September 26, 2010

Santai hujung minggu !

Salam hujung minggu para blogger! Apa macam? banyak rumah terbuka tak minggu ni? lepas ni banyak la orang yang kembung perut sekembung ikan kembung kan?... pesanan penaja,minumlah ENO halia. Hahah!... sudah-sudah EZAO! maaf termerepaklah pulak saya ni. Ala maklumlah dah terbanyak makan kat open house semalam, terganggulah sedikit akal rasional saya ni.


Entri kali ni, ezao nak cerita pasal hidup ezao sendiri, dah lama rasanya tak update kisah hidup saya ek? maklumlah sibuk dengan hal ehwal semasa, sampai diri sendiri pun lupa. Tak apa - tak apa, bukan ada orang yang kisah pun kan? saya je yang terkinja-kinja sorang-sorang minta belas simpati. hehe. ...Hari ni dan semalam anda semua berhujung minggu dimana? ... Rumah terbuka?! Semalam rasa macam first day raya pulak, sebab ada 5 rumah terbuka yang diundang, malangnya saya hanya dapat menghadirkan diri di 3 buah tempat sahaja ... Dan semalam jugaklah pengalaman pertama makan ayam kampung kat rumah kawan ...Errrk! Makan punya makan, ada sorang kawan saya tu cakap, "Eh ni ayam kampung kan?" ... saya pulak bisik-bisik sorang-sorang .. "Ayam kampung? ...." kelu tak terkata ! dan selepas open house semalam, gerak dengan family pergi Melaka International Bowling Centre, buat apa? beli ikanlah! haha! mestilah berBowling kan? tanpa meleteh panjang, jom usha gambar-gambar ini ...
bowling-complex-in-malacca
Nama singkatan bangunan ni MIBC,
berdekatan Planetarium Melaka, Bangunan TM,
Dewan MITC dan pasaraya kegilaan bonda saya MYDIN MITC.

Bowling ohh bowling ...

Hafiz, my 3rd brother skilly kan dia?

Abang ipar saya,RAMDAN yang baru sahaja operate,
tapi gatal kaki jugak nak baling bola bowling tu haha.
SENSORED? budak gedik kat belakang tu menyelit .


Ceriakan hari mu dengan setiap balingan.


Happy family ~ :)

Happy ending,
Ezao' Edogawa, dengan bola bowling 10.
Berat tu, saja cover muka biar nampak kacak. haha!

Itulah perkara yang berlaku kelmarin, dan keputusan bowling yang tercatat diboard...
Seperti biasa saya sentiasa berada ditangga paling bawah. haha! Budak baru belajar.

Blogger Templates

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!