Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Wednesday, September 15, 2010

Robbie William lupa lirik !

Wah! rasanya dah lama saya tak berceritera mengenai entri Hiburan kan? okay-okay. jom baca entri tiptop ni.


Di London Ahad lalu di Stadium Twickkenham, artis yang menghabiskan masa selama beberapa tahun berehat daripada membuat persembahan,kembali mengadakan konsert, tidak hairanlah jika gerak geri penyanyi terkenal, Robbie William agak kaku ketika mengadakan persembahan pada konsert Help For Heroes pada malam Ahad lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Penyayi pop ini terpaksa berhenti buat seketika waktu ketika menyanyikan lagu yang pernah melonjak naik dahulu,iaitu FEEL! tak mengapa/that's okay! Robbie just cool!

Bagaimanapun, Robbie yang dalam keadaan gagap bertindak berlari ke belakang pentas bagi melihat lirik lagu tersebut dalam sebuah buku. Seramai 60,000 peminatnya sanggup menjerit bagi memberitahu lirik lagu itu ketika Robbie kembali ke pentas dan ketawa. Kalau saya kat sana mesti saya naik pentas menyanyi dengan dia sekali, confirm tak lupa punya, cuma sakit telinga je. Hehe!

"Terima kasih. Saya takut sehingga rasa seperti mahu mati," luah Robbie apabila ditanya.Namun, peminat setia Robbie memberi semangat dan sokongan kepadanya menerusi Twitter. ala semua orang ada buat silap kan?

Salah satu mesej di laman itu yang dihantar oleh seorang peminatnya menyatakan dia suka dengan usaha Robbie untuk meneruskan persembahannya walaupun dia terlupa lirik lagu.

Robbie William, lagu dia best apa? better man pernah dengar? Feel yang dia lupa tu pun best jugak! tak caya pergi muat turun! the best pop singerlah!


Blogger Templates


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!