Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Friday, September 24, 2010

Orang pandai VS Orang bodoh?

Salam semua, apa khabar kalian? harap-harap semua berada ditahap kesihatan yang baik okay!
Entri kali ini saya nak kongsi cerita dengan anda semua mengenai pandangan saya terhadap kepintaran (orang pandai) dan kebodohan (orang bodoh).

Sebenarnya kisahnya bermula begini, tempoh hari saya dan dua orang kawan yang lain sedang lepak-lepak di perpustakaan,saja melepak mana tahu ada perkembangan terbaru ke?... hehe! dan pada masa itu jugak, ada seorang cikgu sedang sibuk memeriksa kertas jawapan objektif untuk pelajar SPM. Secara kebetulan pulak time tu dia (cikgu tadi) ada kelas yang nak diajarnya. Mungkin disebabkan cikgu tu tengok kita orang free ,dia suruh salah seorang kawan saya tu, tolong dia tanda paper yang ditandanya tadi. Sebab dia nak keluar dan mengajar. Maksud saya dia tinggalkan kertas jawapan dan skema untuk suruh kita orang tolong dia tanda kertas-kertas tu.

Ada dua bahagian kertas tandaan, satunya dari kelas pertama (pandailah) dan satu lagi dari kelas akhir (kurang pandai). Mula-mula kitaorang tanda kertas-kertas objektif dari kelas pertama tadi. ...Tanda punya tanda, majoritinya ramai yang dapat melebihi 25 soalan yang betul per 40 (25/40) dan ke atas. dan yang paling tinggi dalam kelas tu mendapat 36/40.

Selepas tu, kami beralih pula kepada tandaan kertas-kertas calon kelas akhir tadi, dan majoriti dari hasil tandaan, kami dapati ramai yang dapat markah kurang daripada 10/40 yang betul dan yang paling tinggi dalam kelas tu hanya dapat 18 je yang betul? ... sangat berbeza kan? disebabkan tu lah saya kadang-kadang terfikir, orang pandai dengan orang bodoh ni mesti masing-masing ada kelebihan dan kelemahan kan? dan pandangan saya tentang ini ialah ...



ORANG PANDAI:
  • Orang pandai ni selalunya pandai berkata-kata. Maklumlah diorang ni kan banyak ilmu, tapi kadang-kadang ilmu yang diorang ada,membuatkan diorang nampak bodoh. CONTOH: Diorang akan cakap/debat apa yang diorang tahu, tetapi orang sekeliling mereka yang terdiri daripada golongan pertengahan akan pandang diorang melihat kelancangan diorang berdebat tu. Bukan semua orang suka,orang yang banyak cakap bukan? CONTOH: Dalam akhbar dan berita topik masalah sosial(Penyumbang utama), ada jugak golongan pandai yang melakukan seks bebas kan? bukan ke sepatutnya diorang menjadi contoh kepada orang-orang bodoh.
  • Orang pandai berfikiran panjang dan luas, sambung belajar amik diploma dan ijazah. Diorang memang boleh survive dengan akademik tetapi dengan dunia luar? ramai yang kekok betul tak?. Sebab diorang hidup dengan ilmu dan bukan dunia luar. Sebab tu, kalau nak jadi prefect student pun, korang mestilah mix jugak dengan dunia luar ni.



ORANG BODOH:
  • Orang yang kurang pandai ataupun bodoh senanglah kan, ada yang pendiam dan ada jugak yang banyak cakap. Yang banyak cakap tu kadang-kadang bercakap macam ahli falsafah padahal, melalut tak tentu hala. Aku pun menyampah jugak bila jumpa orang yang macam ni, banyak cakap dah tu bercakap benda-benda yang merepek! CONTOH: Bijak bercakap, tapi tak da idea? ... idea ada, tapi merapu je lebih. Bukan nak cakap diorang tak bagus tapi, sebelum bercakap tu fikir dan bukan main cakap saja. CONTOH: Golongan ni banyak juga terjebak dalam masalah sosial, jika dilihat pencuri,peragut dan penjenayah datangnya majoriti daripada golongan ni. Sebab diorang buat satu-satu perkara tanpa befikir. Betul tak? ... tetapi kalau golongan pandai, ada jugak yang merompak,meragut? mana silapnya?
  • Kebanyakan diorang memang low habis dalam akademik, tetapi diorang boleh survive dengan apa yang terjadi dengan diorang bila berada didunia luar. Sebab apa? sebab kebodohan diorang membuatkan diorang lali dengan kompromi dunia luar ni.

Pssst! pendapat aku tiada orang yang bodoh dan pandai didunia ni, sebab kebijaksanaan seseorang semua terletak diakalnya, tersilap guna akal itulah yang menyebabkan sesorang itu nampk bodoh. dan sebaliknya.

Blogger Templates








No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!