Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Friday, September 17, 2010

Nafas baru iPod!

SKRIN iPod nano yang jauh lebih besar berbanding keluaran sebelumnya menandakan pembaharuan dan kepuasan merasai pengalaman muzik kerana melalui skrin itu, video rakaman peribadi dapat dilihat dengan jelas. Hebat betul iPod kali ni.! nak tahu lagi? jom sambung baca ...


gaya yang simple, tapi KOOL!

Rakaman video boleh dilakukan sama ada dalam kedudukan potret atau landskap dan ia cukup sempurna untuk dihantar ke web atau dikongsi bersama teman-teman melalui e-mel. Ia juga dilengkapi mikrofon yang menangkap bunyi jelas dan dapat didengar melalui pembesar suara terbina dalam. kalau dulu tak de Lensa. tapi kini? segalanya mungkin dengan iPod!

Reka bentuknya diperbaharui bagi menampilkan sebuah iPod yang bukan sahaja menarik dari segi rekaan dan warna, tetapi selesa digenggam dengan material aluminiumnya. Paparan skrin pula adalah berkeluasan 2.2 inci.

Kombinasi lagu

Selain itu, katakan anda mempunyai sebuah lagu yang amat anda gemari dan mahu menggabungkannya dengan trek lain yang sepadan, anda hanya perlu melakukan beberapa klik di iPod nano. Aplikasi Genius menggunakan lagu kegemaran itu untuk mencari lagu lain di dalam simpanan lagu untuk dipadankan.

Anda boleh terus mendengarnya, menyimpan fail baru itu atau membuat carian lain yang lebih sesuai dengan menekan refresh.

Aplikasi Genius boleh diharapkan untuk mencipta kombinasi lagu yang anda tidak terfikir mampu melakukannya.


Dengan penampilan Sembilann warna yang mengancam!
kepada penggila Gadgets tu. pergi beli sekarang sementara stok masa ada :)



Goncang untuk kejutan lagu!

Aplikasi menarik lain yang boleh didapati pada iPod nano terbaru ialah goncangan untuk menukar kepada muzik shuffle. Aktifkan Shake to Shuffle, kemudian goncangkan dan iPod nano akan menukar lagu lain daripada dalam simpanan. Anda pasti teruja kerana anda tidak akan tahu lagu apa yang akan dipilih.

Selain itu, terdapat juga aplikasi VoiceOver yang akan memberitahu nama lagu dan artis. Oleh itu, penggunanya masih boleh memilih lagu tanpa melihat skrin.

Dalam pada itu, untuk mengurus, mencari dan berkongsi muzik digital dan koleksi video menjadi lebih mudah dengan iTunes terbaru. Kini anda oleh membuat senarai iTunes extra dengan ciri-ciri bonus seperti lirik, gambar, temu bual dan media di belakang tabir.



Yang comel ni Awek saya, Ipad namanya,
jangan salah tafsir pula diantara Ipod dengan Ipad ye!
walaupun kedua-duanya nampak comel, tetapi spesifikasi mereka amat berbeza!
"jadilah pengguna Bijak!"

Blogger Templates


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!