Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Friday, September 17, 2010

M.Rajoli menghembus nafas terakhir!



Pelakon veteran M. Rajoli meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 malam tadi di Hospital Ampang, Selangor selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif. M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur, Sabtu (hari ini).




Berita Penuh!

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar Haji Mohd Rajoli Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit lymphoma ataupun barah kelenjar otak.

Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja.

Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis.

Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, sebelum Zohor esok.

Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

Salam takziah buat keluarga M.Rajoli. Semoga rohnya dicucuri oleh kebesaran rahman dari yang maha Esa. -Amin-

Blogger Templates

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!