Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Tuesday, September 7, 2010

Mencari Malam Lailatul QADAR!

Salam bloggers! wah! bersemangat nampak nak raya?! haha! bersemangat, bersemangat jugak tapi jangan lupa kita masih dalam lingkungan malam LAILATUL QADAR, ada ke yang tak tahu mengenai malam ini? tak apalah biar saya terangkan serba sedikit mengenai malam ini.

malam LAILATUL QADAR merupakan 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Itulah definasinya ... malam yang penuh dengan tanda tanya ???

Nak tahu lagi?
Tanda-tanda malam LAILATUL QADAR!
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
-Ada yang berpendapat air akan bertukar menjadi ais.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya akan makb
ul

"Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
"
SUMBER:Al-Azim






Memperbanyakkan lah solat-solat sunat dan bertasbih.
Basmalah,hamdalah dan zikir-zikir sebagainya.




ada sesetengah individu berpendapat,
menerangi rumah tidak kiralah dengan apa jua jenis cahaya,
adalah cara mengundang MALAIKAT mendatangi rumah mereka..
betul ke.? saya pun tak pasti ... tepuk dada tanya selera.


psst! korang dah ada terasa ke malam yang agak berbeza dengan malam biasa?
bukan senang nak kecapi malam-malam istimewa macam ni ..hehe!


Blogger Templates



1 comment:

  1. agak2 malam bila la? sbb mcm sama je 10 terakhir ni...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!