Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Saturday, September 11, 2010

Masih tanda tanya? rentetan kes kehilangan Sosilawati!






Nampaknya kes mengenai kehilangan jutawan kosmetik Dato' Sosilawati dan 3 orang yang lain semakain hangat dipolemikkan. Seperti yang telah saya paparkan pada entri lepas mengenai penemuan mayat yang dibunuh dan dibakar dekat Pantai Morib,Selangor.

Update terkini mengenai kes ini:
  • Kesemua 4 yang hilang mati dibakar
  • Abu mayat dibuang di Pantai Morib
  • Polis tahan 7 individu termasuk peguam bergelar Datuk
Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Namun, penemuan mayat terbabit tidak dapat disahkan oleh pihak polis. Suspek telah mengaku bahawa Sosilawati dan 3 yang lain telah dibunuh. Namun demikian polis masih tidak dapat mengesahkan identiti mangsa!

huh! kes ini semakin hangat didiskusikan oleh para readers dan bloggers saat ini. Suspek pun dah mengaku ... habislah kuncu-kuncu yang terlibat .


Blogger Templates

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!