Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Wednesday, September 1, 2010

Kad Raya!

Hallo Readers serta Bloggers! Wah makin ceria nampak?
maklumlah hari lebaran kan bakal menjelang tidak sampai seminggu sahaja lagi, bagus-bagus ... ceria-ceria selalu memudakan diri anda kembali. Orait! saya dah merepek!

Entri kali ini berkaitan, mestilah dengan tajuk entri kan? haha.
"Kad Raya" . Sejauh mana yang anda faham mengenai Kad Raya ni? cehh ... Dahulu time-time negara kita belum berkembang dengan jalur lebar,WiFi,Broadband dan sebagainya ... Setiap kali mahu menjelang tidak kiralah, AidilFitri ke,AidilAdha ke,Chinese New Year ke, Deepavali ke dan ke-ke yang lain tu... mesti pejabat pos dah penuh dengan kad-kad ucapan, sampai posmen pun merungut motor dia berat macam bawak kayu balak! hehe!

Kini peredaran waktu dah berubah, segala ucapan, pesanan semua melalui SMS,skrin komputer,laptop,netbook dan lebih hebat Ipad. Impaknya? tradisi pos mengepos kad-kad raya ni dah hilang dan lenyap terus dari tradisi masa kini . Mana-mana pergi mesti kedengaran Facebook,Myspace dan terkecuali Blog. hehe! Oleh yang demikian, tradisi macam ni akan terus terhapus oleh generasi baru,sebab mereka tak didedahkan dengan cara-cara pos-pos, yang mereka tahu Internet! ... (apa yang saya membebel ni hah?)

Oleh yang demikian, bagi saya mengepos kad raya bu
kanlah suatu perkara yang ketinggalan zaman okay! Cara saya.saya suka! saya memang suka nak membazir wang,keringat dan masa ni untuk mengepos kad-kad raya,alah! setahun sekali je!, sebab pada pendapat saya lahh kan, mesej atau ucapan yang nak disampaikan itu, akan menjadi lebih ikhlas dan bermakna... anda rasa macam mana?

Kad Raya!


Actually, ini adalah kad raya batch akhir sebelum 2 batch sebelumnya ... saya dah mengarang kad-kad raya para sahabat melebihi 25 pucuk kad raya ... ingat nk bagi semua classmates tapi bajet lari lah... takut-takut tak cukup beli baju raya pulak kang!


Oleh itu,pilihlah Pos Malaysia untuk Aidilfitri anda...


Blogger Templates

2 comments:

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!