Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Tuesday, September 21, 2010

Jom kenali Virus!


Okay entri kali ini Ezao nak kongsi mengenai jenis-jenis virus komputer yang patut anda semua tahu . Kepada mereka yang 24jam godek-godek komputer tu, mesti tahu kan apa itu virus? yang saya nak story ni bukan mengenai virus H1n1 ataupun SARS okay! tetapi saya nak anda tahu mengenai jenis-jenis virus yang terdapat dalam perisian komputer korang, manalah tahu ada ke, baik cepat-cepat pasang anti virus!

1. Virus Compiler, virus ini ialah virus yang telah di compilekan Kalau nak tahu ni lah moyang segala virus komputer,sebab dia ni lah virus komputer pertama muncul dalam komputer. Virus ni jugak susah nak dibunuh/dilawan/diprotect hehe .Virus ini jugak bijak memanipulasi perisian PC okay? dia ni memang boleh dikatakan terer lah, virus-virus jenis lain pun tak dapat nak tiru dia. Maklumlah dia nilah bapak segala virus.

2. Virus File, virus ni pulak adalah virus yang memanfaatkan file yang dapat diijalankan secara langsung. Biasanya file *.EXE atau *.COM. Tapi boleh gak efek file jenis *.SYS, *.DRV, *.BIN, *.OVL dan *.OVY. Jenis Virus ini dapat berpindah dari satu media ke semua jenis media penyimpanan dan menyebar dalam sebuah jaringan. Kira dia ni pulak terer bab-bab nak rosakkan file lah, nama pun Virus File

3. Virus Sistem,virus ketiga ni pulak lebih dikenal sebagai virus Boot. Kenapa Boot? Boot kereta ke? haha! taklah! nama dia Virus Boot sebab virus ni dapat manfaatkan file-file yang dipakai untuk membuat suatu sistem komputer. Bila komputar direstart, maka virus ini akan akan memberi kesan kepada Master Boot Sector dan System Boot Sector.

4. Virus Dropper, suatu program yang dimodified untuk menginstall seekor virus komputer yang menjadi target serangan. setelah diinstall, virus ni akan menyebarkan simptom-simptomnya tetapi Dropper tidak ikut menyebarkannya. Dropper boleh dikenali seperti file seperti Readme.exe atau melalui Command.com yang menjadi aktif ketika program berjalan. Satu program Dropper terdapat beberapa jenis Virus yang sangat merbahaya.INGAT!

5. Virus Script/Batch, awalnya virus ini terkenal dengan nama virus batch seperti yang terdapat di file batch yang ada di DOS.Virus script biasanya sering didapat dari Internet kerana kelebihannya yang fleksibel dan boleh berlegar-legar,bergolek-golek bila kita tengah syok layan internet, virus jenis ini biasanya menumpang pada file HTML (Hype Text Markup Language) dibuat dengan menggunakankemudahan script seperti Javascript, VBscript, atau gabungan antara script yang mengaktifkan program Active-X dari Microsoft Internet Explorer.

6. Virus Macro, virus yang dibuat untuk memanfaatkan sistem program modular pada suatu program aplikasi seperti Ms Word, Ms Excel, Corel WordPerfect dan sebagainya. Walaupun virus ini terdapat didalam aplikasi tertentu tetapi bahaya yang ditimbulkan tidak kalah berbahanya dari virus-virus yang lain. kecik-kecik cili padi ni, diam-diam berubi jugak . jangan main-main!

7. Virus Polymorphic, nama dia best kan? haha virus ni pulak dapat dikatakan virus cerdas sebab rajin buat latihan! haha. bukanlah virus ni cerdas sebab virus ni dapat mengubah strukturnya setelah melakukan beberapa tugas apabila dia di kesan oleh sistem anti-virus!

8. Worm, haa! ni antara virus yang popularlah diantara masyarakat virus! virus ini adalah sebuah program yang bersifat parasit keraba dapat menduplicate diri dia sendiri, tetapi worm tidak menyerupai virus oleh sebab tidakmemberi kesan kepada program komputer . Oleh itu, Worm tidak digolongkan ke dalam virus,haha aku pun baru tahu ni. Mainframe adalah jenis komputer yang sering diserang Worm. Penyebarannya pada komputer lain melalui jaringan. Dalam perkembangannya, Worm mengalami “mutasi genetik” wow! virus komputer pun ada reproductive system lah!.WORM dapat membuat suatu file baru, ia akan menonjolkan dirinya sendiri dari satu file ke satu file, virus macam ni lebih dikenali sebagai virus Hybrid.

9. Virus Hybrid, rentetan kisah virus kat atas tadi, virus ini merupakan virus yang mempunyai dua kemampuan biasanya dapat masuk ke boot sector dan juga dapat masuk ke file.

10. Trojan horse, virus ini tidak bersifat suka menyebar-nyebar penyakit dia,hehe. oleh itu, Trojan Horse tidak tergolong virus walaupun karakteristiknya sama. Trojan memberi efek kepada komputer melalui file yang kelihatannya tidak berbahaya. Namun akhirnya virus menjadi berbahaya, misalnya melakukan format hardisk. ni pun top jugak, selalu gak aku umpa menatang ni kalau scanning virus.

Oleh yang demikian, untuk menyelamatkan komputer/laptop/netbook korang daripada terkena jangkitan virus-varus ni, segeralah beli anti-virus ye!



KASPERSKY antara produk anti-Virus yang
famous jugak dalam kalangan penggemarnya!
aku punya anti-virus dah tamat tempohlah,
2010 punya, baru habis 2 minggu lepas ...



Kalau yang payung ni pulak, nama dia
AVIRA warna merah, nampak garang je.
Ikut suka korang lah nak beli produk anti-viru yang
mana yang penting, PC korang semua selamat ok!

Blogger Templates


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!