Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Friday, August 27, 2010

Salam Kemaafan ...?!

Hallo readers dan bloggers sekalian . Apa khabar hari ini.?
Lihat tajuk entri. ..Aik? kenapa cepat sangat mahu bermaaf-maafan ni? haha!
Nak cakap raya, lambat lagi, puasa pun belum habis lagi .
Ok-ok dah terus kepada motif sebenar, takut merepek pula saya nanti.

Kenapa tajuk entri kali ni suspens je ekh? (suspens sangat ke?)
Sebenarnya kisahnya bermula begini, cerita ini berlaku pada minggu ini juga, mungkin 3hari lepas kot,sewaktu pembelajaran subjek ENGLISH oleh mrs.R. Pada awalnya proses pembelajaran berlaku secara normal seperti hari-hari biasa, sehinggalah tercetusnya konflik diantara kami (pelajar kelas sayalah,5PA) dan mrs.R. Ketika mrs.R sibuk menerangkan pengajarannya, para pelajar kelas saya tu bising! untuk kali pertamanya dan mrs.R sounded kami untuk diam! itu amaran pertama daripadanya.

"Syuitt! diamlah!" saya pun tak pasti siapa yang berbuat demikian saat ini,tapi saya yakin salah seorang classmates saya melakukannya. masa ini, semua pelajar 5PA sedang mempelajari tentang grammar of position,

"ok! boys and girls, listen up! i want you guys to construct simple sentences to describe the position in this slide!" ...macam ni kata mrs.R kepada kami,saya tak berapa ingatlah.

Masa ini, sekali lagi para pelajar 5PA buat bising, saya pun dengar kebisingan yang diperkatakan ini, so saya buat tak tahu saja lah, duduk ditempat sendiri dan buat apa yang disuruh... Sebenarnya bukan semua pelajar kelas kami yang membuat kebisingan, adalah dua tiga ekor pelajar yang tak paham bahasa, bercakap saja kerjanya tak tahu nak diam, potpetpotpet!
Rentetan itu, hah! mrs.R pun bengang! dia tidak memarahi kami, sebaliknya dia diam sahaja, mrs.R bangun dari tempat duduknya lalu mengemas barang-barang komputernya dan keluar dari kelas kami tanpa sebarang bicara. haha maksudnya mrs.R sulking/touchinglah dengan kami semua. dan sehinggalah hari ini dan tadi, mrs.R masuk ke dalam kelas kami tanpa kata-kata, merajuk lagi lah tu, mrs.R hanya memberikan kami kertas tanpa memberitahu apa yang hendak dibuat.

Hah~ nasib badanlah...
Dah puas kami fikir macam mana mahu pujuk mrs.R, namun usaha kami menemui jalan buntu..

"...mrs.R we all draw a apologize on what we've done. that was our mistake! Salam kemaafan from us 5PA Al-Radzi..."



Nota kecik: Korang yang buat teacher merajuk tu, fikir lah idea bernas sikit. Kelakar aku tengok korang mintak maaf
tadi. Macam telenovela lah! hahaha


Blogger Templates

3 comments:

  1. masa ko pegi? aku ingat ko dh berhenti buat blog sbb lama x update? eh! bila baca cte ko ni ezao aku teringat msa aku form4? aku ade jgk pengalaman mcm ni masa tu kelas BI kitorang dok makmal komp masa tu kitorang bru hbis PJ smua dok letih ade plak air cond mmg nk lena la? nk di jdkn cte setengah org dlm klas smua tido trmsuk aku! msa cikgu mngajar! tp cikgu xmrah dia cuma trus kluar dari klas kami lps tu sampai hbis form4 dia xmsuk dh klas kami! aduh.. minta maaf pun dia xtrima bila aku form5 dia pindah plak... mmg terasa bersalah kami semua msa tu... adoi..

    ReplyDelete
  2. tu la pasal NICK.
    kali ni aku rasa teacher aku ni memang betul2 mrah ni... tadi ada bdak kelas aku dtg kat dia nak apologize, dia buat bodo je. huhu..... aku tak tahu la bagaimana pengakhiran drama ni. hehe!

    ReplyDelete
  3. huh! sama mcm situasi aku jgk la... ape2pun korg kena minta maaf jgk la tkut dia x halalkan ilmu dia.... ape2pun minta maaf tau! jgn jd mcm aku sampai skrg dok rasa bersalah lagi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!