Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Saturday, June 5, 2010

Raja Sehari.

okay, hari ini hari sabtu ... banyak perkara nak dibuat. jalan-jalan,beli-belah dan sebagainya. Tetapi hari ini juga berlangsungnya majlis perkahwinan rakan sekelas saya Nuramira bte. Nordin . Aik awalnya dia kahwin? ya.. ya! dia kahwin muda lahh ... Selamat pengantin baru ya Mira! semoga berbahagia sehingga ke anak cicit. ;) kau cantik lah tadi.hehe . gedik je . Meriah juga majlis perkahwinan dia tadi, yang specialnya lauk hidangan di majlis perkahwinan rumah Mira tu kan ayam golek.. sedap. bersertakan lada hitam lagi . haha. kalah kau KFC dan Mc Donalds masakan di rumah Mira lagi marvellous. Amira kahwin awal, suaminya Ridhwan . sama padan bagai pinang dibelah dua .! nampak macam kelakar pun ada juga, tapi kau dah kahwin berpakaian macam pengantin ,serius dah tak nampak macam budak-budak. Saya pergi ke rumah Amira dengan kawan-kawan sekelas si Z, Anum dengan teman lelakinya, Atiqah,Syuhada dan Azah . classmates yang lain-lain tu semua hampeh, mula-mula saja plan nak pergi akhirnya ada yang bagi alasan "aku tak boleh joinlahh sibuk" "aku tak boleh pergilah nak jaga adik" dan "sorylah takda transport nak pergi." macam-macam alasan didengar. lantak kau orang lah, kau orang yang rugi tak dapat tengok Mira melaram.haha dah la ada ayam golek. huhu . kenyang !

kepada Amira. aku ingin mengucapkan kepada kau selamat pengantin baru. Semoga kau dan Wan berbahgia la ye! maaflah tak ada hadiah nak bagi la. hehe.! gambar Mira pun tak sempat nak ambil. nak posing pun tak sempat tadi , faham-fahamlah, sibuk melantak ayam golek-golek yang sedap tu . okaylah, itu saja cerita hari ini, mengenai majlis perkahwinan raja sehari, kawan saya kahwin muda! lepas balik sahaja dari majlis perkahwinan Mira saya terus ke bandar Melaka, untuk jalan-jalan serta membeli-belah . yeah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!