Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Monday, June 14, 2010

Perjalanan Percutian

Okay! dah terlepas berapa hari ni saya tak meng-Update blog kesayangan saya ni? haha adalah lebih kurang kira-kira dua hari kan? adalah sebab mengapa kan? dan jawapannya saya pergi berjalan-jalanlah ataupun dalam erti kata lain bercuti sebentar.Sebentar saja tak lama pun. Dua hari sahaja waktu yang diperuntukkan untuk saya untuk bercuti-cuti... Wah! seronoknya (walaupun pening-pening) . okay nak mengikuti tak catatan perjalanan percutian saya ni? okay guys, jom kemas barang ikut saya! haha ...


12 Jun 2010 hari sabtu
- Memandangkan Sukan Malaysia yang ke-13 (SUKMA XIII) berlangsung di Melaka, yeah! saya amat gembira sebab??? sebab saya gembiralah mahu pergi ke stadium, acara perasmian SUKMA diadakan pada jam 8.00 malam.Saya dengan ayah memang dah plan dah pun nak pergi ke SUKMA bersama mama . Mama cakap, "buat apa? mesti sesak nanti. percayalah!" okay, pada awalnya mama memang menentang sekeras-kerasnya untuk ke SUKMA .Memandangkan saya bijak membuat reaksi muka seposen kan, disebabkan itu mama pun ikutlah kami ke Stadium. Yang tak seronoknya... saya dah cakap dah dengan ayah saya supaya gerak dari rumah untuk ke Stadium diawalkan sedikit pada jam 7.30 malam ataupun 7.45, sebab untuk mengelakkan kesesakan lalulintas ... mula-mula ayah saya cakap okay je. tiba-tiba dia gerak pukul 8.10 malam! (mak ai! acara dah bermula lah! )... Dalam perjalanan nak ke SUKMA , yeah! saya dapati bahawa laluan trafik berjalan lancarr...opps! jamm! jamm! jamm! adalah sepanjang 5km dari Stadium. Jadi saya pasrah jelah duduk dalam kereta.


pada jam 8.45 malam. barulah dapat tempat parking kereta, masyAllah! penuhnya stadium! mengalahkan konsert KELLY CLARKSON ! haha! bagus rakyat MALAYSIA. ternyata anda semua memang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi didalam jiwa sanubari masing-masing. Sampai sahaja didalam stadium, yeah! tak dapat sit pun , orang-orang ramai macam lalat. pening kepala tengok! bersorak! menjerit! macam-macam ada! ... Jadi saya mengajak ayah dan mama untuk naik ke tingkat paling atas. Paling tinggi. Alhamdulillah dapat gak tempat yang ada ruang spot yang untuk melihat acara. Tidak mengapalah. berdiri pun beridirilah, siapa suruh gerak lambat! Okay. saya tidak mahu celoteh panjang, jom kita lihat gambar-gambar ini.!


Inilah gambar acara pelancaran perasmian, hebat! saya nak tengok yang inilah! memandangkan laluan sesak. jadi tak sempatlah! jika anda perhatikan mereka yang berbaju ungu ditengah-tengah padang tu, hah! itulah pasukan sekolah saya! go..go! SERI kita boleh!



Okay inilah persembahan bendera, ini sahajalah yang dapat saya lihat ketika sampai sahaja distadium, persembahan ini pun menarik jugak. Mereka mempersembahkan bendera-bendera 15buah negeri Malaysia termasuk BRUNEI.!



Maskot SUKMA tahun ini, si KANCIL.
maklumlah SUKMA pun diadakan di Mela
ka. jadi faham-fahamlah.


Kotinjen tuan rumah MELAKA,
bandaraya bersejarah
bandaraya WARISAN DUNIA lagi! hehe!

13 Jun 2010 hari ahad.
okay, semalam di stadium penat.. penat! hah! keluar daripada stadium malam tadi kira-kira jam 11.05 malam lah. Saya di stadium tidaklah lama sangat, ingatkan nak tunggu sampai acara habis tetapi mama dah merungut kebisingan mahu pulang. Sudah sedia maklum mama memang tidak gemar untuk melepak ditempat-tempat terbuka ni. terutamanya ditempat yang banyak dikerumuni umat-umat manusia. haha! okay. masuk kereta malam tadi pukul 11.05... pehh! memang sesak gila nak keluar dari stadium. kira-kira jam 11.40 baru sampai ke jalan utama. Huh~ cukuplah. itu cerita mengenai SUKMA.

Setelah malam tadi penat. esoknya pula saya berserta mama+ayah akan bergerak ke Kuala Lumpur (cuti-cuti malaysia). Ayah cakap nak gerak pagi-pagi dalam pukul 8.00 . tapi saya merosakkan rancangan itu. haha. saya bangun lambat lah! pukul 8.15 baru terpinga-pinga. Ayah pun apa lagi.... pot pet pot pet la . hehe siapa suruh jamm malam tadi. haha.... lepas bangun saja hari ini. saya terus bersiap, dan tepat jam 9.05 pagi kami bergerak ke Kuala Lumpur. Sebelum sampai tepat ke Kuala Lumpur ayah ajak singgah ke CHERAS dahulu rumah Pak Ciknya, sebab anaknya berkahwin hari ini. hah! huh! bosan duduk termangu didalam kereta. Radio.. Radio..Radio. asyik nak kena tukar frekuensi je. so MP3 jadilah. Okay, untuk mengelakkan saya membebel panjang lebar jomm lah kita beralih kepada tayangan gambar sepanjang perjalanan saya hari ini . ;)

SUSUR KELUAR NILAI UTARA
Sampai susur keluar ni jam 10.18 pagi. aduhh! bila nak sampai ni? lambat lagi ke? ayah! pandu kereta drift la sikit. ni tegak je. bosan la. hehe



SUSUR KELUAR PUTRA MAHKOTA
Sampai susur keluar ni pulak jam 10.32 pagi. FlyFm, HotFm... HitzFm setakat ni memang dah berjaya membuat saya kebosananlah. lagu yang diputarkan semua lagu-lagu yang Bosan. cepatlah sampai!


PERSIMPANGAN KAJANG!
Akhirnya. jam 10.53 pagi sampai juga susur keluar yang di cari-cari. ayah tak keluar di persimpangan Cheras. katanya ikut EXIT ni lagi dekat. entah saya mana tahu. saya ikut je.


sampai dirumah pak cik ayah saya pula kira-kira pukul 11.30 pagi. Perut memang dah 0% dah ni. saya cakap dengan ayah. kita lama-lama sedikit dirumah pakcik. kita top-up balik perut kita yang kekosongan ni okay! (like father,like son). Selepas habis melantak makanan di Majlis perkahwinan anak pak cik ayah saya. saya terus bergerak ke Kuala Lumpur. macam biasalah memang sesak dan banyak karbon dioksida . Saya kurang bersetuju dengan percutian kali ini. ada apa kat KL? asap banyaklah. begitulah kata-kata saya pada ayah semasa perjalanan, kononnya nak tunjukkan mogok lah. tetapi tak berhasil


Gambar-gambar yang sempat diambil ketika berada didalam kereta.
yelahh telefon bimbit baru, adalah semangat nak menangkap gambar . hehe!
Bangunan Daya Bumi.

Bangunan Sultan Abdul Samad


SOGO. ada sale sekarang ni.

Menara Kuala Lumpur ;)

Di Kuala Lumpur aktiviti yang saya buat adalah membeli-belahlah. Adalah lebih kurang 3jam lepak di sana. bosan pun ada jugak.Saya tidak beli apa-apa pun di Kuala Lumpur, disebabkan mood nak membeli belah sudah tiada disebabkan kepeningan. Ayah cepat balik. saya pening kepala dah ni. Jadi pada jam 4.32 petang kami pun bertolak lah balik . Saya mengambil masa perjalanan balik, dengan beradu sebentar didalam kereta. belum masuk highway saya dah terlelap.
Teruskan perjalanan ayah. saya nak tidur dahulu. nanti dah sampai kejut okay ... MySpace

dalam perjalanan mahu pulang ke Melaka, ayah singgah di perhentian Seremban. Ayah kejutkan saya, jadi saya pun terpinga-pinga lah. "kat mana ni?" saya mengacukan soalan bodoh. motif sebenar berhenti di perhentian ini adalah untuk membuang apa-apa yang tak patut. (hehe.) Lepas itu mungkin ayah tengok raut wajah saya yang agak kebinggungan ini, jadi ayah pun ajaklah saya dan mama bersantap di Kentucky Fried Chicken.


KFC perhentian Seremban.
ehh siapa perempuan yang tiga orang tu? untung mereka
dapat masuk dalam blog saya. hehe


dah makan baru teringat nak ambil gambar. hehe!
yelah mana nak ingat. perut pun dah lapar.


Okay, lepas makan-makan di KFC kami semua pun meneruskan perjalanan balik ke Melaka lah. saya ingat mahu sambung tidur semula, tetapi mood tidur tidak berjaya di ketengahkan, oleh itu saya pun boring-boringlah duduk didalam kereta, ketika kebosanan didalam kereta, satu idea bernas melintas di kotak fikiran. nak tahu apa? dengar ni... memandangkan saya tidak membeli apa-apa di Kuala Lumpur tadi oleh yang demikian saya mengajak ayah melalui susur keluar untuk ke Seremban. untuk apa? ... untuk shopping dekat Seremban pula lah! yeah! ayah bersetuju. dan tepat jam 5.43 kami tiba di AEON Jusco Seremban Dua. Mood shopping membuak-buak. hehe. ambil tiket . dan cari parking. Parking penuhlah! nasib baiklah ada kereta Honda Jazz warna putih keluar tepat pada masanya. Thank a Lots !


Shopaholic .


Syok sendiri. kat fitting room pun jadi ke?
nampak tu, budak kat atas ni cuba menayangkan
telefon bimbit baharunya. gedik syal!



Seronoknya shopping . ayah lepas ni nak ke mana pula? hehe confirm lah balik kan?
hmm... pukul 7.25 baru keluar Jusco. jadi terus lah masuk susur keluar nak ke Melaka. ingatkan ayah nak terus balik. tiba-tiba mama pula mengutarakan pendapatnya . "apa kata kita tidur saja rumah akak?" akak tu means kakak saya lah. What?! dalam hati good idea mummy! hehe! ayah pun on je , jadi kami semua go ahead la. apa lagi vroom..vroom. la! yeah .! Rumah kakak saya tu di PORT DICKSON. tak lah berapa jauh kira-kira 35kilometer saja dari Seremban tu. Seronoknya berjalan-jalan!!!!

tak jauh dah.


Kesimpulannya, hari ini banyak kali bertukar-tukar lokasi perjalanan, semuanya bertukar berdasarkan idea-idea bernas yang disumbangkan. Akhirnya, saya bermalam di rumah kakak saya, esok pagi baru bertolak balik melaka.

*maaf lately, entri ini lewat dua hari akibat saya sibuk dengan urusan duniawi dan penat, sorry saya menggabungkan dua entri sekaligus, ingatkan nak buat entri SUKMA dan entri Ke Kuala Lumpur ni didalam part yang berbeza. tetapi malas ;)


7 comments:

  1. wah! best giler la ko ezao! merata tempat ko pegi! jelas tgk ko.. sbb aku ni cuti xpegi mne2 pun.. ape2pun thnkz la kongsi gmbar2 dan cerita ni.. terhibur gak aku baca...

    ReplyDelete
  2. tq NICK. hehe. bkan apa pun. xbcuti jauh2 pun kali ni. lgpun aku mmg suka b'fotografi tu yg gtl2 nk selit2 kan gmbr. anyway, thanks for ur feedback ;)

    ReplyDelete
  3. best nya pegi bercuti2..
    cntik la pic2 tu.. :)

    ReplyDelete
  4. tq colourlife .! seronoklah juga.

    ReplyDelete
  5. eh! ezao! klu ade gmbr2 percutian ko ke mana2 ke? selit2 kat blog ko.. best jgk tgk2 gmbr ni...

    ReplyDelete
  6. oya : haha . xda la sakan mana pun.
    nick: ok. insyaAllah. . tah ni bila lagi la nk bercuti. cuti pun dah nak habis dah ni. hee~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!