Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Tuesday, June 22, 2010

Pengalaman Pertama.

Tajuk entri kali ini mengenai pengalaman. Bukan yang kedua atau ketiga tetapi ini merupakan pengalaman pertama yang saya hadapi pagi tadi? apa? haa.. ni mahu cerita la ni. Pengalaman ni bukannya pengalaman baik pun, malahan pengalaman ini menyakitkan dan membengangkan.

Ceritanya bermula begini, pagi tadi hujan boleh tahan lebatlah juga. Seperti biasa saya bergerak dari rumah untuk ke sekolah lebih kurang jam 7.10 a.m. la, menaiki motorsikal kesayangan 135 LC warna putih. hmm. tetapi memandangkan hari ini hujan yang boleh tahan kelebatannya, saya bergerak lambat sedikit berbanding hari-hari biasa, hari ini gerak dari rumah jam 7.17 a.m. lewat 7 minit. Kalau mahu tunggu hujan sampai reda memang lambatlah kan, disebabkan itu saya megambil keputusan untuk redah je keadaan walaupun hujan, degil. Lalu saya mencapai baju sejuk hitam dari bilik dan memakainya untuk bersiap bergerak ke sekolah. Hujan masih lagi lebat-lebat, saya pun redah sahajalah, malas nak suruh mama hantar, menyusahkan pula, naik motor hujan-hujan seronok jugak, (kata-kata dalam hati)

Disebabkan faktor kedegilan saya itu, entri dah sampai klimaks ni... tiba di sebuah selekoh yang masih lagi berada dikawasan taman perumahan saya, saya dengan sendirinya tergelincir bersama motorsikal saya, saya terjatuh daripada motor saya dan tergolek-golek dibahu jalan, manakala motor saya pula tersadai hampir 50meter dari saya, teruk juga keadaan saya masa itu, pakaian sekolah semua kotor, seluar sedikit tercarik. kejadian ini boleh dikira sebagai kemalangan kecil juga lah arggh! sakit pula tu, dan bengang masih terasa sampai sekarang ni.
Rentetan itu.hari ini saya terpaksa untuk tidak hadir ke sekolah, macam mana nak hadir? uniform sekolah pun dah kena tanah, kaki pun luka sikit, sakit juga tu! motor LC saya pula meragam tidak boleh dihidupkan. sumpah! geram gila hari ni! ... Mungkin jalan licin disebabkan hujan, saya pula nak cepat apa lagi? kan dah jatuh. salah saya juga. Apa-apa pun ini merupakan pengalaman pertama saya jatuh motor. sakit oo... lepas ni sumpah! kalau hujan saya akan suruh mama hantar pergi sekolah, nak naik motor? takk... dah fobia dah ni.

Kesan daripada kejadian pagi tadi, kaki kiri luka sedikit, kaki pun kebas juga ni, bahu kiri pun sakit juga dan tangan kanan dan kiri terasa sengal-sengal. Alhamdulillah nasib baik tak teruk sangat, ayah ajak pergi klinik, tapi saya menolak, haha takut kena injection pula nanti, tidak mengapalah ayah, ubat luka dan antibiotik ada kat rumah, tak perlu susah-susah. ...

3 comments:

  1. huhuu..perit tu jatuh moto...
    pengalaman tu dijadikan pengajaran..

    peace :)

    ReplyDelete
  2. lahhh.. kan dah jatuh. len kali hati2 ya.. :)

    ReplyDelete
  3. nasib baek x buat aksi supermen...
    hhehehe...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!