Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Tuesday, June 29, 2010

Mereka mengajak saya ponteng?

Okay, tadi pada jam 3.00 hingga 4.00 petang, macam biasalah ada kelas tambahan, waktu itu panas gila lah, nak belajar pun kadangkala terhilang mood fokus. haha. Waktu sains dalam lingkungan masa 12.40 hingga pukul 2.00, tadi di makmal ada buat eksperimen. Tetapi saya bersama lima orang rakan lagi Az,An,Kl,Dg dan Hr berfoya-foya, buat eksperiman main-main je. Eksperimen itu melibatkan topic pergerakan, nasib baik tak ada melibatkan penggunaan bahan kimia. Selepas eksperimen tersebut kami sambung semula teori didalam makmal, tulis la penerangan mengenai eksperimen tadi, haha! Cikgu sains Mrs.Fms , bertanya, kepada saya "result macam mana? " ... Alamak! result eksperimen terlupa mahu catatlah, jadi saya goreng jelah ayat sendiri, nasib menyebelahi saya, nasib baik result yang saya beri itu logik dan tak melalut, dan Mrs.Fms pun mengangguk jelah... (haih! apa mahu jadi ni?) . Ketika sedang menulis, maklumat-maklumat eksperimen, saya yang duduk semeja dengan Dg dan Hr sempat berborak sebentar.

Dg: (bertanya kepada saya) "pergi kelas tambahan BI ke tidak?"
Saya: kelas tambahan? pergilah, tengoklah kalau panas giler aku malas la. (hehe, tapi saya tak pernah ponteng okay sebelum ni)
Hr: A'ah! baliklah, penatlah, nak tidur. kau pergi tak? (Hr mengacukan soalannya kepada saya)
Saya: tengoklah!

Dg: Yelah kau nak ponteng? yeke? (Macam tahu2 saja si Dg ni yang saya takkan ponteng!)

oleh yang demikian, semangat belajar saya masih kental, jadi tak perlulah ponteng, saya tahu saya bisa melawan nafsu saya, haha! Maaflah, Hr dan Dg, ko pun fahamkan aku ni skema? jadi takpayahlah ajak aku ponteng! haha!

6 comments:

  1. bagus semangat yang kuat..
    hehehee

    ReplyDelete
  2. haha nak SPM ni. ponteng2 harus dielakkan. ;)

    ReplyDelete
  3. wah! aku tabik la ko ezao! sbb masa aku zaman ko dulu jgn kata org ajak aku ponteng? aku yg slalu ajak kwn2 ponteng hasilnya nah! SPM ni aku dapat kptusan ala kadar je bkn gagal tp cukup2 mkn je? hehe ape2pun aku doakan smoga ko dpt keptusuan cemerlang SPM ni!!! jgn jd mcm aku? hehe

    ReplyDelete
  4. bagus2.jgn ponteng.xper, susah2 dulu, senang2 kendian.=D

    ReplyDelete
  5. ape2pun jgn ponteng yer.... hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!