Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Monday, June 28, 2010

Macam-macam ada.

Entri kali ini kelewatan sehari, maklumlah gaya hidup seorang pelajar, sentiasa dihimpit dengan kesibukkan duniawi , kadangkala dikekangi dengan pelbagai kerja-kerja yang menimbun-nimbun. yeah! kuatkan semangat pelajar! haha, merepek pula saya, oklah kita pergi terus kepada poin utama entri ini, haha. Semalam saya pergi berjalan-jalan dengan mama dan ayah disekitar bandar Melaka, seronok gila², tak terhingga dan tak terkata keseronokkannya. Ok. ok. memandangkan entri pada kali ini banyak sangat gambar-gambar yang ditangkap, oleh yang demikian jom...! kita beralih kepada gambar-gambar ini, haha saya malas sebenarnya nak tulis panjang-panjang, lenguh jari-jemari. ....

Melaka Mall, ajak ayah lepak sini kejap, dengan
bermotifkan
untuk menyantap hidangan di Mc'D + shopaholic seketika.
ini pula dikenalpasti sebagai Dataran MBMB, berhadapan
dengan Melaka Mall je, depannya ada Mc'D
jom! eksitet dah ni nak ke Mc'D ;)


Mission Accomplished! yeah! sampai jugak ke Mc'D, ayah belanja big set,
dapat free gelas FIFA tu.
Smart jugak kalau dibuat koleksi.

___ Makan-makan di Mc'D tamat ___

Lepas habis lepak kat Mc'D, seterusnya jom kita merewang ke dalam Melaka Mall pula,
saya memang suka sangat merewang-rewang didalam Melaka Mall ni, sebab apa? sebab, kat Melaka Mall ni, orang tak ramai sangat, memang seronok gila kentang lah kalau bershopaholik disini, (ai? nak jadi hos Cuti-cuti Malaysia ke?) . Sedang membeli-belah, membelek-belek baju, seluar dan barangan yang sekualiti dengannya ... Haa! ni. cerita best ni, dengar ni, ternampak ada Krew pengambaran yang tengah Shooting. Langkah kanan lah saya, dapat jumpa Azlee senario tu . Jadi apa lagi ... lihat gambar ini pula.


Lihat itu, yang di tanda tu, nampak tak? itulah Azlee, di berpakaian sebagai Pengawal Keselamatan. semasa saya sibuk-sibuk interframe melihat-lihat pengambaran ini, Azlee sedang berlakon disalah satu babak mengejar pendatang asing, bukan makhluk asing ok?


Yang ni dekat sedikit, tapi dapat tangkap dari belakang pula,
aiseyy! Azlee ni lah, masa saya mahu tangkap dia bergerak-gerak pula.haha


Yang ini baru betul, tengok tu budak berbaju kuning yang kacak tu sibuk je mahu interframing. Hehe! Dengan rambut baharu pula tu. haha! (gedik santai)


___ Melaka Mall tamat ___

selepas habis bershopaholik dan berfotografi, hehe, destinasi melepak seterusnya ialah di Ayer Keroh kali ini makan lagi? aik? bukankah tadi sudak makan di Mc'D ka? haha. membeli-belah pusing-pusing, perut tiba-tiba terLapar pula... oleh itu "Ayah... laparlah, makan jom?"

Bihun sup, kau sedaplah!


Laici ohh Laici.


___ Makan-makan 2 tamat ___

Wahh... kenyang betul stomach saya hari ini, haha mana taknya makan sampai dua kali? hihi. Macam-macam ada semalam, daripada perkara lain menyimpang kepada perkara lain . Selepas makan ini saya gerak ke Mydin Mall MITC pula, di sana pulak ada persembahan ular (viper) . Ada gambarnya tetapi belum diupload, entri sampai disini sahaja okay? esok lusa ke saya uploadkan gambar itu untuk anda? boleh...?


4 comments:

  1. okey dua gambar last 2 mmg agak mengancam... huhuhuhu!!!

    ReplyDelete
  2. oya: bestlah jugak. jom dtg melaka. hehe
    Alliff: aku pun terasa terancam jugak. hee~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!