Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Thursday, June 10, 2010

Episod Persahabatan (Episod 3)

Sahabat merupakan warna warni kehidupan kita untuk meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan ranjau-ranjau cabaran yang sukar untuk dihadapi dengan sendiri, dialah sahabat dimana kita menyuarakan pendapat dengannya, meminta diri mereka untuk menemani kita pabila bersendiri, itulah mereka. Benar kata pujangga, "kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari" , saya suka akan pujangga itu, kerna didalam persahabatan kita sering kali diingatkan supaya kita perlu bijak dan berhati-hati memilih sahabat. Ada sahabat yang kita percaya namun sebaliknya dia persis api dalam sekam kepada kita, bagai gunting didalam lipatan . Biasalah perilaku manusia, bermacam-macam ragam dan karenah, sesungguhnya kehidupan ini adil ... kenapa? kerana tanpa orang-orang seperti mereka manakan indah dunia ini, tanpa warnalah jadinya. Kehidupan ini persis lakon layar lakonan, bumi sebagai pentas, kita sebagai wataknya . Didalam lakonan pastinya ada watak yang berbeza, watak aulia serta watak prejudis yang sering menganggu. renungkanlah....


Pokok Persahabatan... novel yang tidak begitu lengkap, tidak begitu tersusun ayat-ayatnya . Itulah novel karangan pelajar yang masih mentah . Saya boleh menghakimi novel tersebut, kerana saya kini lebih dewasa untuk melihat unsur-unsur perkataan yang saya sendiri karangi. Tetapi saya tidak menafikan yang hasil karya saya itu, tidak baik ... cuma tidak seindah karya karyawan tempatan . Itulah novel yang menceritakan perihal KAMI, zaman keanak-anakan kami, itulah buktinya .... Hari-hari yang kami lalui,kami lakarkan dengan penuh kenangan, sehinggakan saya takut untuk keluar daripada masa lampau saya sendiri . Mereka istimewa kepada saya, mereka inspirasi saya dan merekalah kenangan saya sehingga ke penghujungnya ... Setiap daripada mereka mempunyai sifat yang berbeza , tetapi bagaimana kami sependapat? itulah keunikan kami berenam ... Ahmad Naqib.dia hebat dalam bersukan dan juga berfikiran rasional, Muhammad Noor Aizat, dia teman paling rapat dengan saya, dia juga hebat, dia bijak,gayanya yang bersahaja membuatkan saya menjadi teman rapatnya sehingga kini, Muhammad Azhar pula seorang yang tidak suka memberi perhatian namun begitu saya senang bersahabat dengannya kerana pada pandangan saya dia senang menerima pandangan orang lain , Muhammad Farhanif dia pula seorang sahabat saya yang juga hebat, namun lebih hebat daripada saya, dia bijak bermain dengan nombor dan mengira-gira . Muhammad Suhairi, dia antara teman yang paling lama bersahabat bersama saya dari pertama pertemuan saya denganya sehingga kini dihitung hampir 12tahun saya bersahabat dengannya, dia seorang yang berfikiran terbuka dan dialah pembawa sinar kepada persahabatan kami. ..Detik ke detik,
hayat kami kian dewasa, kini kami berada ditingkatan 4 , hubungan kami kini kian rancak berbaur dengan dilema, ditingkatan 4 kami tidak lagi berada dibawah satu kelas yang sama, kami berbeza jurusan, ada diantara kami kearah Sains, seterusnya Akaun, Kejuruteraan Elektrik dan juga Automotif. sungguh pun begitu kami tidak menganggap bahawa persahabatan itu bakalan berakhir disini ...

EKSTROVERT 2007 - ....
Inilah 'mereka' yang saya maksudkan,
gambar ini diambil pada 21/6/2008 jam 12.12 p.m.
dimasa kami berdiri ditingkatan 3 , tahun terbaik persahabatan kami.
Dari kiri Ahmad Naqib,Muhammad Suhairi, ...... , Muhammad Farhanif dan Muhammad Noor Aizat Muhammad Azhar tiada didalam gambar diatas, dan maaf saya lupa kerana apa .


Ekstrovert ...Persahabatan kita terjalin di sebalik hikmah yang berlaku kepada saya, keretakkan persahabatan saya dan "N" suatu ketika dahulu jelas ternyata menjadikan persahabatan kita sebagai satu hikmah . mungkin benar, sesuatu yang terjadi itu tersembunyinya hikmah untuk diri kita, dan buktinya persahabatan kita. Maafkan saya sahabat jika sepanjang persahabatan kita terjalin, sebarang kekhilafan berlaku diantara kita . Ini bukan propaganda melodrama kita, tetapi inilah hakikatnya .Saya harapkan pertalian persahabatan kita akan kekal selamanya terpahat dalam sanubari kita, saya tidak mahu persahabatan ini berakhir seperti kisah persahabatan saya dengan "N". terima kasih wahai sahabat! kamu insan istimewa!




"...Persahabatan bagiku sangatlah indah,persahabatan adalah suatu perhubungan yang tidak akan pernah mati,persahabatan adalah kasih dan sayang yang tulus.Dalam meniti persahabatan kita harus bersabar dan bersikap berlandaskan yang ukhwah,kerana banyak tentangan yang harus kita lewati daripada yang termudah hinggalah yang tersulit,kerana persahabatan tanpa pertengkaran dan kemarahan tidak akan pernah kuat, kerana dari pertengkaran dan kemarahan itulah kita dapat melihat sejauh mana ketulusan kasih sayang yang ada didalam jiwa kita ..."

...Inilah Episod Persahabatan kita EKSTROVERT...





*entri ini merupakan entri yang paling sukar kepada saya untuk menerbitkannya, huh~ entri pertama yang paling tulus dan entri ini banyak memaksa saya untuk bermain dengan emosi dan penghayatan.Ini bukan entri yang agak
poyo/jiwang/...etc tetapi ini kisah perjalanan persahabatan saya, bagaimana dengan anda? BLOGGER-BLOGGER sekalian, anda kawan ataupun sahabat kepada saya?! ___________ ?


-SEKIAN-

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!