Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Wednesday, June 9, 2010

Episod Persahabatan (Episod 2)

Baiklah ini sambungan daripada episod satu, kalau anda semua belum sempat membaca entri episod satu, disarankan kepada anda semua agar melakukan demikian, kerana ini kisah sambungan,rentetan daripada cerita sebelum ini. Yelah, kemungkinan besar nanti anda yang ketinggalan episod satu tidak akan memahami episod ini pula nanti. Okay, berbalik kepada point entri episod kali ini.... Setelah hubungan persahabatan antara saya dan "N" kian retak, semenjak khabaran bahawa "N" tidak lagi seperti dahulu, saya mengutuskan langkah untuk berdiam diri saja, saya sedar akan perbuatan itu, sebagai seorang sahabat kepada "N" saya tidak sepatutnya membiarkan "N" terus hanyut ditelan kemurkaan duniawi, saya terpaksa melakukan perkara demikian kerana saya tahu, saya telah terlalu telat untuk mengeluarkan "N" daripada titik-titik hitam kehidupannnya dan ia semakin merebak keseluruh pemikiran holistik "N". Maaf "N" . maafkan saya! ... semenjak perkara itu, saya hanya berdiam dan hanya bisa memerhatikan gerak langkah "N". Hari-hari yang dilalui oleh saya sewaktu ketiadaan "N" dilangkah dengan penuh rapuh dan usang, kehilangan "N" didalam persahabatan kami amat jelas memperlihatkan impak yang besar kepada saya . Namun tiada siapa yang menyedarinya. Hari ke hari,bulan ke bulan, semakin lama bibit-bibit kehilangan "N" dapat saya lupakan, tetapi bukan sepenuhnya, pudar-pudar dalam ingatan dan kadangkala duduk bersendiri bayangan "N" dan saya sewaktu kecil dahulu memukau kembali. Walaupun saya mencuba untuk melupakan "N", namun saya memang tidak boleh melupakan kenangan terindah kami dahulu, berlari-lari dan berkejar-kejaran.. indah sungguh! kenapa persahabatan itu lenyap . perih memikirkannya...

kisah "N" dan saya sudah berakhir...
saya telah cuba untuk memudarkan perhubangan saya dan "N" selama ini, dan Alhamdulillah ianya akhirnya berhasil. Kini saya menjalani warna-warni kehidupan yang baru. dengan impian,cahaya dan falsafah yang baru. moga-moga saya dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh keabadian dan bermakna. Jam berdetik menukarkan saat dan waktu, saya kini berada ditingkatan 2 di SMK Seri Pengkalan. Terima kasih tuhan kerana mengizinkan saya untuk memulakan kehidupan yang baru tanpa dikekang dengan sebarang dek musibah ataupun malapetaka. Kini, tahun 2007 sekali lagi saya ditemukan dengan insan-insan yang luhur hati budi mereka, suci zahir dan batin mereka dan saya akui mereka juga pasti akan menjadi yang terbaik kepada saya. Mereka merupakan sahabat yang baru yang diizinkan oleh yang maha esa untuk bertemu, kami bersependapat, kami memahami, itulah pandangan saya terhadap mereka, dan itulah hakikatnya.Saya bukan didatangi dengan seorang mahupun dua orang sahabat, namun sekaligus lima orang sahabat pada waktu itu. Sebelum ini kami bukannya tidak mengenali diri masing-masing tetapi cuma tidak rapat dan berbeza kelas, pada tahun ini kami disatukan didalam kelas yang sama, disebabkan itu kami menjadi begitu intim dari hari ke hari. Itulah kuasa yang maha esa, tak kenal maka tak cinta pepatah melayu ada menyatakannya. Mereka ialah Ahmad Naqib,Muhammad Noor Aizat,Muhammad Azhar,Muhammad Farhanif dan Muhammad Suhairi. Kami jalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan satu kata sepakat. Inilah persahabatan yang paling lama juga pernah saya lalui . Sehinggakan keakraban kami menjadi manifestasi kepada ramai pelajar khususnya, pelajar daripada kelas kami sendiri. Sebagai enam sahabat baik pada waktu itu, segala aktiviti ilmiah yang dijalankan oleh guru-guru, kami lakukan bersama dan perkara yang saya ingin ceritakan seterusnya ini merupakan suatu simbol penting didalam persahabatan kami , simbol tersebut ialah nama kumpulan kami. Ya! kami ada kumpulan waktu itu dan nama kumpulan kami agak skema sedikit iaitu EKSTROVERT. bukannya sengaja membuat kumpulan sendiri, tetapi sebaliknya kami membuat kumpulan ini diatas satu kata sepakat untuk menepatkan lagi analogi diantara kami .

Persahabatan yang indah pastinya akan diimbas kembali jika kita memikirkannya sejenak. Tidak kiralah diufuk manapun kita berada, persahabatan itu tetap akan berpusara sebagai memori didalam lubuk jiwa kita. Sebagai seorang insan biasa saya tidak mampu memberikan apa-apa yang bermakna kepada sahabat-sahabat saya,saya cuma sekadar menggunakan alphabet untuk menceritakannya, waktu lampau untuk membayanginya dan diri mereka untuk saya menghargainya. Untukmu sahabat, saya ada mengarang sebuah buku istimewa untuk mereka, dan buku tersebut merupakan karya pengarangan pertama saya semenjak saya melihat dunia nyata ini. buku tersebut saya tajukkan sebagai "Pokok Persahabatan" , dan buku tersebut pernah dibaca oleh mereka berlima. ...

~POKOK PERSAHABATAN (53 muka surat)~
Inilah pengarangan pertama saya.
kenapa ditajukkan sebagai pokok persahabatan?
kerana sewaktu ketika dulu, kami berenam banyak membuang masa
disebatang pokok yang rendang dan besar yang ada didalam kawasan sekolah,
disanalah kami berbincang tentang perihal persahabatan kami... cukup indah! EKSTROVERT!


Buku ini tidaklah sehebat karya A.Samad Said mahupun karya-karya hebat karyawan negara, saya mengarang buku ini pada akhir tahun saya tingkatan 2. Dan bila diselak-selak semula buku ini, kelakar pun ada. Yelah.hukum tatabahasa pun saya langgar saja, maaflah sahabat. saya masih mentah dalam bidang penulisan ini. InsyALLAH. dengan izin yang maha esa, akan saya karangkan sekali lagi kisah pengembaraan persahabatan kita kelak.

-BERSAMBUNG-

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!