Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Tuesday, June 8, 2010

Episod Persahabatan (Episod 1)

Okay . kepada semua blogger yang mengikuti saya, terima kasih banyak-banyak . Kali ini saya nak menulis blog berpandukan episod pulalah, nak buat macam penulisan cerpen lah. Ini merupakan cerita pertama yang nak saya kongsikan bersama anda semua. Mengenai kawan ataupun sahabat. Anda semua mesti mempunyai sahabat yang anda sendiri rasa terbaik kepada diri anda kan? tipulah kalau anda kata sepanjang hidup anda, anda langsung tidak mempunyai sahabat ataupun teman yang rapat, kalu tak ramai pun mesti seorang dua orang tu mestilah ada kan? sunyi dan tidak bermaknalah kalau kehidupan kita ni tanpa sahabat kan. Disebabkan itu saya ingin menceritakan tentang perjalanan persahabatan saya daripada A hinggalah ke Z.

Baiklah, kisah persahabatan yang saya ingin kongsikan ini bermula dari alam tadika dan sekolah rendah. Masa saya dialam kebudak-budakan dahulu saya mempunyai sahabat yang saya rasa dialah yang terbaik pada masa itu, didalam kelas duduk bersebelahan, semua perkara nak dikongsi bersama, tawa riang mahupun suka dan duka. Amat manis dan bermakna pada masa tu, sahabat yang saya maksudkan ini ialah "N" (bukan nama sebenar) dia lelaki, pada alam sekolah rendah dia memang menjadi sahabat yang baik kepada saya, boleh dikatakan saya dengan dia bagaikan adik beradiklah. Memang tidak dapat nafikanlah pada masa tu dialah orang yang terbaik pernah saya temui. Pernah suatu hari tu kami mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk ke Port Dickson,Negeri Sembilan. benar-benar kenangan terindahlah masa tu. masa mandi di pantai Teluk Kemang kami bermain-main dengan pasir, bina istana pasir, main pelampung ...hah! rindulah zaman budak-budak dahulu. kalau boleh nak kembali semula bermain-main dengan "N" . itu dahulu dah lama dah perkara indah itu berlaku, yelah, zaman budak-budak kita mana ada fikir sekelumit pun masalah, yang kita fikir hanya mahu berseronok sahaja. Tahun ke tahun berlalu, kini saya dan "N" dah pun menjadi murid tahun 6 di Sekolah Rendah Melaka Pindah,Alor Gajah Melaka. Tahun ni nak menduduki ujian besar pertama iaitu UPSR . Tahun ini jugalah menjadi tahun terakhir disekolah rendah, tetapi saya tidak bimbang,sebab saya tahu "N" tidak akan pergi sekolah yang jauh,bila masuk sekolah menengah nanti, sebab dia pernah cakap kepada saya yang jika dia dapat sekolah KLUSTER sekalipun dia tak akan pergi. Tidak tahulah apa sebabnya,mungkin dia sayang kot dengan persahabatan kami ni. Okaylah, berbalik kepada UPSR tadi, setelah tamat UPSR beberapa bulan selepas tu keputusan pun keluarlah, "N" punya keputusan okaylah dia meraih keputusan 4A1B. manakala saya punya keputusan tidaklah sehebat "N" rendah sedikit berbanding keputusan "N" ...

Setahun lepas tu, kami dah pun jadi pelajar sekolah menengah.Saya dan "N" sekarang bukan lagi dibawah satu kelas yang sama, "N" duduk dikelas yang pertama manakala saya hanya duduk dikelas yang kedua selepas RK . Pada awalnya saya rasa hubungan persahabatan saya dengan "N" masih lagi seperti dahulu.tidak ada yang berubah. saya rasa cukup lega dan berterima kasih kepada "N" kerna dia masih mengingati saya lagi,dan masih menganggap saya sebagai sahabat terbaik dia, yelah dah berbeza kelas hubungan mestilah lah dah tak serapat dahulu. tetapi saya bersyukur kerna semuanya masih seperti dahulu.

Dua tahun lepas itu, hubungan saya dengan "N" tidaklah semesra dahulu, kami hidup dilandasan kehidupan masing-masing saja, adakalanya bila saya dan "N" terserempak disekolah kami hanya sekadar mengangkat tangan dan hanya mampu tersenyum. Sungguh! saya rasa terkilan dengan perlakuan kami berdua, sejak perkara itu terjadi saya semakin rindu dengan persahabatan saya dengan "N" .Dahulu dan sekarang berbeza sama sekali, kami dah jarang bertemu, apatah lagi berbual bersama-sama. Arrgggh! kenapa?! kenapa persahabatan yang indah dahulu menjadi satu persahabatan yang hipokrit?! YA ALLAH sedarkanlah kami daripada mimpi-mimpi ngeri ini. saya tidak mahu kehilangan sahabat saya. keadaan ini berlarutan sehinggalah saya dan "N" langsung tidak bertegur lagi, percaya tak? ... saya memang dah dapat jangka keadaan ini akan berlaku suatu hari nanti, dan inilah buktinya..sungguh tidak percaya. "N" benar-benar berubah setelah masuk di sekolah menengah. lama kelamaan saya redha dengan keadaan ini, dan saya membenarkannya untuk terus terjadi ... Pada suatu ketika saya dikejutkan dengan perlakuan diluar jangkaan oleh "N" , "N" terlibat didalam satu sindiket kecurian, saya bagai tidak percaya serta binggung dengan apa yang telah terjadi keatas diri "N" . mengapa "N" berubah sama sekali? saya tidak berhenti bertanyakan soalan yang sama kepada diri saya sendiri . "N" benar-benar berubah. saya percaya "N" jadi begitu kerana desakan pengaruh rakan-rakan barunya. saya terkilan "N" ! saya terkilan dengan ini semua!

untuk "N" , walau sehina dan seburuk manapun awak, ingat! awak pernah menjadi sahabat terbaik saya suatu ketika dahulu. dimana kita selalu bermain, bersenda dan bertukar-tukar pendapat. "N" saya rindukan awak secara batinnya, meskipun zahirnya saya tidak bersikap sedemikian. kemana lesapnya "N" yang dulu? YA ALLAH segerakanlah kembalikan "N" kini kepada "N" yang dulu. saya merindui persahabatan kami .



-BERSAMBUNG-

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. persahabatan yg baek berlandas kan iman dan dari situ laa uhkuwah akan terjalin...

    ReplyDelete
  3. xamer2...
    pas nieh leh laa tulis novel plak k...

    ReplyDelete
  4. nur_cahaya: insyAllah. akak doakanlah saya supaya jdi novelis. hehe! nanti berjanggut mcm a.samad said. mesti comel. haha!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!