Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Wednesday, May 19, 2010

Persoalan .?


berkata-kata mengenai elemen PERCINTAAN atau
JATUH CINTA ... sememangnya tidak sesukar mana bagi sebahagian individu untuk berbicara mengenai cinta,
tetapi dalam pandangan lain segelintir individu PERCINTAAN itu mengenai jiwa dan perasaan yang sukar diungkap mahupun dilakar melalui kata-kata mahupun huruf...
itulah zahirnya ... sebahagian individu berpendapat BERCINTA merupakan permainan kata-kata, ada juga berpendapat jatuh cinta,bercinta dan percintaan itu hanyalah satu permainan dan tidak perlu diberi pandangan serius, dan ada juga segelintir yang berpendapat bahawa segala elemen yang berkaitan cinta itu adalah satu keistimewaan dan kurniaan yang mereka hadapi . Tetapi bagaimana dengan individu yang tidak pernah jatuh cinta ataupun pertama kalinya jatuh cinta?! adakah mereka mengerti perasaan mereka? itulah perkara dalaman yang perlu diberi perhatian sebenarnya ....

Cinta ...
kadang-kala saya bosan melihat mahupun mendengar perkataan yang dikatakan begitu indah itu. Saya tidak mengerti apa yang saya maksudkan, tambahan saya juga tidak mengenali perasaan saya sendiri . Bagi saya, saya mengetepikan semua perasaan-perasaan itu, tetapi kadang-kala terlintas sejenak di kotak fikiran mengenainya . Saya tidak pasti sama ada keputusan saya itu benar ataupun bercanggah dengannya. Saya mengerti,setiap manusia memerlukan cinta ,tetapi saya benar-benar belum menemuinya.ada juga yang saya temui tetapi cinta itu hanya permainan baginya... Ada yang saya temui cinta itu indah,tetapi hanya sekadar bersifat sementara dan berlandaskan kekangan-kekangan dan kehipokritan oleh saya dan dia ... dan juga ada yang saya temui cinta itu yang tidak memahami ...

Saya sememangnya terasa kekhilafan didalam diri saya sendiri.
melihat insan-insan lain berceritera mengenai perihal pasangan mereka,
melaskar keagungan percintaan mereka, serta kebahagiaan yang dikongsi.
berbual-bual dengan pasangan mereka, berbicara soal kerinduan,kasih-sayang,kebahagiaan dan masa hadapan mereka. Sesugguhnya saya pasti menanti untuk perihal sedemikian...

itulah persoalannya. bersendirian memikirkan mengenai sesuatu yang tidak pasti itulah hakikatnya. adakah penantian perlu saya nantikan?! bagi seseorang yang kurang memahami perihal CINTA saya tidak pasti apakah itu maksudnya ...




-AafSnAf- 1111313266

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!