Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Wednesday, May 26, 2010

benar-benar rumit!

Kepada anda yang mengikuti entri blog saya, pasti anda sedia maklum bahawa saya masih berada didalam lingkungan waktu peperiksaan kan?minggu ini minggu terakhir peperiksaan. okay... peperiksaan pertengahan tahun kali ini sememangnya amat-amat mencabar.

semalam peperiksaan matematik tambahan!
dimulakan dengan kertas 2 dari jam 8.00a.m. - 10.30a.m. (2 jam 30 minit)
kononnya,classmates-classmates saya semua dah memang fully ready lah nak menjawab paper AM2 tu . muka semua poyo je. haha. dah dapat soalan! hah! ambik kau bukan main tebal lagi. macam surat khabar .! ;) jom ikuti kronologi sepanjang peperiksaan AM2 ni berlangsung .

jam 8.00 a.m
- pelajar-pelajar mendapat kertas soalan . semangat menjawab yang kental untuk menjawab masih berkobar-kobar. memulakan proses kira-kira menggunakan kalkulatur CASIO 570-MS. selak-menyelak formula-formula. serta fokus menjawab.!

8.40 a.m seterusnya- okay! nampaknya segelintir pelajar dah mula bosan dah tu, haha! dah dapat agak dahh! setiap kali peperiksaan Add math memang macam tu lahh . mengikut bancian yang saya buat ,kira-kira 10 orang pelajar juga lahh,yang dah mula berkhayal . ada yang mula melakar-lakarkan hasil karya kreatif mereka diatas kertas. ada yang mengukur meja( tidur) dan ada juga yang termenung jauh . haha! tabah kan hati ye kawan-kawan ...! termasuklah saya ni. yang terkial-kial nak jawab . dalam masa 40minit berlalu tu, baru 3 soalan saja yang dah siap?! wahh! bangga sungguh!

45 minit seterusnya hingga tamat peperiksaan
- okay. semakin ramai nampaknya yang dah mula untuk mengalah! huhu ... add math.. add math kenapalah soalan yang keluar semua mengarut-ngarut. dahh lah jalan kerja panjang pula tu .! nak tiru jiran sebelah pun lebih kurang saja. baik tak payahlahh ... dalam jangka masa selama 2jam 30minit itu, saya hanya berjaya menjawab 9 soalan?! ohh! kenapalahh sedikit sangat. itu pun belum tahu lagi markah-markahnya. ! sungguh sedih... bosan+bengang+risau + ...+ ... semua ada . pening sungguh kepala melihat-lihat simbol-simbol x..x..x..x ... y..y..y..y..y hah! formula yang ada pun tidak dapat membantu apa-apa ...... AM2 benar-benar rumit,siapa yang hebat dalam subjek ini memang hebatlah!

kronologi ini berakhir sehinggalah cikgu yang menjaga peperiksaan berkata "okay, masa dah tamat, letakkan pen. orang belakang bangun dan kumpulkan kertas jawapan ..." huh~
itulah kesukaran add math. add math! add math!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!