Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Monday, April 12, 2010

Kena Tampar.?


Aduhh! malang sungguh hari ini di sekolah!
pagi tadi ada subjek PJK .! semua pelajar lelaki diarahkan untuk turun ke padang
bermain RUGBY. Saya bersama dua orang rakan lagi si S dan si Y bercadang untuk duduk didalam kelas sahaja dan tidak turun ke padang kerana saya dan si S ketika itu sedang sibuk membuat latihan PRINSIP PERAKAUNAN , manakala si Y pula dengan selambernya tidur di tempat duduknya . arggh! Disebabkan itu kegiatan kami bertiga telah dapat dihidu oleh guru matapelajaran PJK tersebut . alamatnya kantoi lahh! Saya pada waktu itu sudah cuak dahh, panik + excited ,apa jenis denda lahh yang bakal kami hadapi kelak . Saya pada waktu itu juga cuba untuk mengawal emosi dan perasaan supaya tidak begitu gelabah , so saya buat-buat macam tidak ada masalah saja dengan kesalahan yang saya buat tadi.

Selepas,pelajar-pelajar yang lain tamat bermain rugby, mereka memberitahu kami bertiga bahawa MR.K (guru matapelajaran PJK) nk jumpa kami di bilik sukan, aduhaii +++cuak lahh saya! saya memang dah tahu perkara sebegini akan berlaku, apalahh malangnya nasib, nak duduk diam-diam dalam kelas pun menimbulkan masalah ... Selepas rehat MR.K berjumpa kami dan beliau memanggil kami bertiga yang tidak menghadiri waktu PJK tadi, lalu kamii bertiga DITAMPAR ! oleh beliau dengan sepenuh keringat beliau, aduhh sungguh hebat tamparan beliau, memang dahsyat, saya yang tidak pernah-pernah ditampar sebelum ini turut terjebak sama, ASTAGFIRULLAH HAL ADZHIM! sumpah inilah kali pertama dan terakhir saya berkelakuan sedemiakian ,sumpah tak nak buat lagi cikgu!




Malang sungguh nasib hari ini,
Rugby, Rugby .... so jangan tiru perkara
ini okay, amat membahayakan, tidak mengapalah
kena tampar pun demi pengalaman, =)

A very+++ Bad Day !



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!