Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Thursday, April 8, 2010

Bila saya dan rakan-rakan beragam artis

Rentetan Anugerah Bintang Popular Berita Harian beberapa hari yang lepas,
saya dan rakan-rakan melakarkan pelbagai ragam dan lakonan sebagai artis, hahaha
memang tergelak pecahh perutlahh dibuatnya! .... kisahnya bermula begini, ketika sebelum beberapa hari ABPBH berlangsung kami semua beragam seakan-akan benar-benar artis saja, memang tak boleh bla! terutama dikreditkan catatan ini kepada saya, Muhd.Zaki,Nur Syakila dan Mohd Suhairi ... 4 orang student yang sememangnya terkena impak yang paling drastik ketika itu!!

untuk mengikuti rentetan yang tidak berasas ini, sila fahami dialog dibawah: Watak
Syakila=Stacy
Zaki = Aizat
Saya? = Akim


Syakila : Weh! Hari ahad ni ABP lah, kau dah siap setting transport dengan pakaian tak?
Saya : ohh! transport dengan pakaian settle dah, tapi designer aku belum call aku lagi untuk ambil baju, so aku tunggu jelah...
Dalam pada itu si Aizat (Zaki) turut menyelit di tengah-tengah perbualan kami,
Zaki : aku tak risau transport dengan pakaian ,itu semua assistant aku yang manage, aku tahu semua persediaan telah siap, apa guna aku bayar gaji dia .

Saya : eleh ... assistant konon, aku tak ambil peduli pun semua tu, aku kan duta Cornetto dan Brands, jadi aku berfikiran lebih hebat, aku akan drive dengan kereta aku sendiri dan singgah KL jap ambil baju hari jumaat ini ...!jadi mungkin aku lambat sikit lahh kot ... kau macam mana Stacy? nak drive dengan aku ke untuk ke genting jumaat ni?!

Syakila : ohh ... drive? tak payah lah drive aku tumpang kau je, malas la nak drive , nanti dalam kereta kau, kau sediakan Cornetto dengan Brands banyak-banyak okay?! excited lahh! nanti kau tengok tau perfomances aku !!!

itulah sedutan perbualan kami, ikutkan panjang lagi, tapi jari-jemari ini telah penat untuk menekan-nekan papan kekunci komputer ini, memang tergelak dan kelakar lah waktu itu!
memang bajet macam artis lahh !



Wow! sangat serupa! hahaha! tahu dimana persamaan kami?
berbalik kepada cerita tahun lepas, sebenarnya saya mempunyai
persamaan dengan Akim ketika rambut saya masih lagi panjang hingga menutup mata!huhu
tapi sayangnya rambut itu tidak ada lagi, walaubagaimanapun kami sama jika saya menyanyikan
lagu Akim yang bejudul Bengang ... suara kami serupa apa?! betullah!




Dari segi suara memang tak samalah , hahaha! rupa apatah lagi!
mungkin persamaan Zaki ada pada hidung Aizat kott?
tidak pun rambut mereka? sama kan? curl...
Credit to Zaki, maaf okay! aizat tak ada kacang(jerawat) di wajahnya hahaha!





Stacy= Syakila , hahaha serupa ke? kenapa gaknya
Syakila beragam dan acting macam Stacy? hahaha
nak tahu dimana persamaannya, saya rasalahh kan
gigi mereka tu, sama sedikit! ...


* kepada Akim,Stacy dan Aizat maaflah
kami tumpang populariti kamu sebentar, yelah nak top gak .... =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!