Kehidupan disusun oleh pengalaman daripada khayalan dan illusi, walaubagaimanapun ia dapat dirungkai oleh hukum Alphabet yang juga mampu merungkai misteri halusinasi!.
CSS Drop Down Menu by PureCSSMenu.com

Monday, January 17, 2011

Blog baru!

0 Tindak Balas
assalamualaikum semua! lama kan Ezao tak berkumandang dekat blog Ezao' Edogawa ni?

KENAPA? ... nak cakaplah ni. Sebenarnya Ezao dah pun bertukar ke satu blog baru, blog yang baru tu mungkin lebih mendalam tentang Ezao kot. dan kepada blogger/reader dan follower blog Ezao Edogawa ni korang boleh lah pergi ke link di bawah ni untuk ke blog baru Ezao eh? dan dalam blog tu, penggunaan nama Ezao tak ada lagi dah. :)


Jangan lupa jadi follower semula eh? thanks semua! keep holding on! thank you!
Usha lagi ...

Friday, December 24, 2010

Happy Krismas Day!

0 Tindak Balas
Salam semua! Merry Christmas ho..ho..ho (Ikut nada atuk salji yang suit warna merah tu), Wah! ada yang menyambut krismas ke hari ini dan malam tadi? macam mana best ker? pastinya penuh dengan warna-warni kan? Santa Kelaus ada tinggalkan hadiah dekat bawah pokok krismas korang tak malam tadi? haha! okay berhenti merepek. Ezao sebenarnya happy jugak sempena kerismas ni, sebab kerismas day ni merupakan satu perayaan yang agak menarik yang terdapat dalam negara kita ni kan??? tak payahlah nak pergi negara Eropahh untuk rasakan kehangatan perayaan ni, segalanya ada di Malaysia, kata Satu Malaysia kan?!

Sambutan Kerismas di Melaka memang agak best tahun ni tauu. Macam-macam ada, paling happening dekat Perkampungan Portugis tulah, warna-warni macam-macam kaler ader, kalau korang tak caya, databg lah Melaka, saksikan keunikan bandaraya Melaka menjelang malam. cehh, macam promoter pelancongan tak?

Kampung Portugis, Melaka


Jusco AEON Melaka,
replika orang salji terbesar tau!
kalau nak tahu orang salji ni dibuat menggunakan botol-botol mineral je tau!
masuk dalam BOOK OF RECORDS lagi. :)

Bangganya jadi rakyat jelata Melaka! haha. Maklumlah Melaka Maju 2010! jom lah datang melaka! Melawat Melaka beerti melawat Malaysia derr. :)
Usha lagi ...

Thursday, December 23, 2010

PMR 2010 terbaik !

0 Tindak Balas
Salam semua blogger! apa khabar? terutamanya buat adik-adik tingkatan 3 yang baru saja ambil result semalam tu, apa macam? okay? result memberangsangkan ke tidak ni? dengar citer tahun 2010 merupakan keputusan PMR terbaik dalam jangka masa 4 tahun ni?

Okay, dalam suratkhabar ,televisyen, radio dan semua medium komunikasi telah mengumumkan semalam merupakan tarikh keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikeluarkan kan? haha. Bagusnya, jiran sebelah pun balik rumah terjerit-jerit sebab anak dia dapat 8A lah tu. Ezao lak ttetiba rasa jealous sebab dulu time FORM3 tak dapat 8A pun. haha! .Kementerian Pelajalan Malaysia juga mengumumkan Keputusan PMR tahun ni adalah yang terbaik dalam masa 4 tahun. makananya pada tahun Ezao ambil PMR (2008) tak baguslah ye? hehe!

Info ;

PUTRAJAYA: Seramai 30,863 daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu. Keputusan PMR 2010 keseluruhan itu diumumkan Kementerian Pelajaran sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding empat tahun lalu dengan jumlah yang gagal dalam semua mata pelajaran semakin menurun. Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Mohd Adenan Deraman, berkata daripada 21,612 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 1,850 orang, merosot sedikit berbanding 1,940 orang tahun lalu.
Bagaimanapun pencapaian minimum calon yang mendapat semua D (termasuk yang memperoleh semua A) meningkat sebanyak 0.07 peratus iaitu 6,363 orang berbanding 6,439 pada tahun lepas manakala bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 20 orang pada tahun lepas kepada 16 orang pada tahun ini, katanya. Beliau berkata tiga sekolah mengekalkan rekod kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah. Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil. Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lalu, katanya.
Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Di ALOR SETAR, pencapaian Gred Purata Negeri bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Kedah meningkat sebanyak 0.021 iaitu 2.857 berbanding 2.878 pada tahun lalu. Pengarah Pelajaran Negeri, Abdullah Saad, berkata daripada seramai 35,909 calon seramai 1,981 calon berjaya mendapat semua A sama ada tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diambil berbanding 1,736 orang pada tahun lalu. Beliau berkata peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 62.57 peratus berbanding 58.22 peratus pada tahun lalu.

Di KUANTAN, pencapaian calon PMR yang menguasai semua mata pelajaran meningkat 3.6 peratus iaitu seramai 16,478 orang berbanding 15,714 orang pada tahun lalu. Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abdidin, berkata pencapaian cemerlang yang mendapat semua A pada tahun ini juga meningkat iaitu 1,641 pelajar berbanding 1,367 pelajar pada tahun sebelumnya. ”Bilangan calon yang mendapat semua E bagaimanapun meningkat sedikit daripada 15 orang tahun lepas kepada 18 orang tahun ini, katanya.

Di KOTA BAHARU, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A iaitu seramai 2,023 orang atau 6.76 peratus meningkat 1.86 peratus daripada tahun lalu iaitu seramai 1,510 calon atau 4.90 peratus. Hussain berkata peningkatan pencapaian itu adalah peratus kecemerlangan tertinggi dicatatkan Kelantan dalam tempoh lima tahun. Seramai 36, 953 calon menduduki PMR di Kelantan tahun ini.

Diambil daripada beberapa helai info SuratKhabar,
yang dicetak dalam Malaysia.

Info lagi: Terengganu merupakan negeri yang paling ramai mempunyai calon yang dapat straight A dalam PMR.

Wajah-wajah eksitet PMR. :)
Tahniah adik-adik!

Kepada calon yang tak dapat keseluruhan A tu, tak apa korang boleh try lagi time SPM ni. "Gagal sekali, tak beerti gagal selamanya!" Teruskan usaha ye! :)
Usha lagi ...

Tuesday, December 21, 2010

Chatting dengan Cleverbot yang masuk air!

1 Tindak Balas


Tadi Ezao pergi blogwalking dekat blog Ahfat Raksasa, terbacalah perbualan antara dia dengan cleverBot yang kononnya pandai tu, haha menarik juga, oleh itu Ezao pun nak try lah chatting dengan cleverBot tu. oleh yang demikian, inilah antara perbualan Ezao dengan cleverBot tu.


User: Hai! How are you today???

Cleverbot: I'm good, how are you?

User: Im also good, feeling good, everything was good!

Cleverbot: Yes, but then I saw you with her...

User: When? You lied on me. You didn't know me?

Cleverbot: You don't know me either.. And you speak your own free will.

User: Whatever. Can you speak in malay?

Cleverbot: No, can you?

User: I can, let's do it.

Cleverbot: Okay. Do you want me to remember you the next time you visit me?

User: Tak payahlah, buat apa kau nak ingat aku, aku bukan ada apa-apa dengan kau pun!

Cleverbot: Kebajikan.

User: Banyaklah kau punya kebajikan.

Cleverbot: Orange.

User: Kau ni tak paham bahasa ke?

Cleverbot: Ok ei taida olla kaikki ismot kasinolla.

User: Aku suruh kau cakap melayu lah, kau cakap kau pandai, asal tetiba jadi stupidbot lak ni?

Cleverbot: Aku tak faham kau cakap.

User: Aku lagi tak paham kau cakap, melalut je!

Cleverbot: Nama kau siapa?

User: Nama aku Ezao, kau pernah pergi blog aku tak?

Cleverbot: Nama kau siapa?

User: Kan aku dah cakap tadi buduh!

Cleverbot: Haha..lawak la kau ni.

User: Kau ni tak dapat bezalah antara orang buat lawak dengan org serius.

Cleverbot: Bodohnya.

User: Tahu tak apa, kau memang bodoh.

Cleverbot: Kau menantang ku? Kau yang bodoh.

User: Kau bodoh. Kau pernah search blog aku?

Cleverbot: Tak.

User: Searchlah, best siot macam-macam ada.

Cleverbot: Why is that?

User: Sebab blog aku tu best!

Cleverbot: Kepala otak kau!

User: Memang sah kau gila!

Haha, apa macam rasa macam best tak? CleverBot ni boleh speaking dalam Bahasa Melayu tau! Korang nak try chatting dengan dia? nah kau pergi sini CleverBot. Tergelak-gelak Ezao chatting dengan dia tadi, sengal gila!
Usha lagi ...

Kereta Proton berkonsep Pahlawan Melayu!

0 Tindak Balas
Salam penuh ceria untuk semua blo0gger! apa khabar hari ni? sihat? mestilah sihat kan, kalau tak sihat macam mana boleh datang blog Ezao ni, heheh. Okay hari ni Ezao nak kongsi sikit mengenai kereta-kereta proton yang berkonsepkan pahlawan-pahlawan melayu dahulu kala. Entri pertama berkenaan Automotif ni, hehe!

Proton TUAH

....................
Proron LEKIU.

...............

Proton LEKIR

............
Proton KASTURI

.................

Proton JEBAT

Haha kreatif jugak kan syarikat proton ni? mengadaptasi nama pahlawan-pahlawan Melayu dan dinamakan pada produk kereta meraka,syabaslah! kalau korang,korang suka yang mana diantara kelima-lima kereta ni? Kalau Ezao lah, Ezao suka Proton LEKIR, nampak sporty je. hehe

Usha lagi ...

Monday, December 20, 2010

SPM melabuhkan tirai.

0 Tindak Balas

Salam semua blogger! yeah! Kenal Ezao lagi tak ni? maklumlah Ezao pun menghilang untuk sekian lamanya, sebabnya? tertulis pada tajuk Entri kali ni. Wah! dah berhabuk keyboard, lappy dengan blog ni pun dah naik bersarang ni,apa kes ni? ... Semalam 20 Disember 2010,pukul 4.01 petang, tamat sudah SPM untuk Ezao dan semua pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia lah senang! Sebabnya, jadual subjek Ekonomi Ezao antara subjek-subjek yang terakhir didalam jadual SPM semalam.

Jari-jemari ni dah mula menggatal nak mengupdate blog sebenarnya, sebab itulah Ezao tak sabar-sabar nak berhadapan dengan lappy,keyboard, encik mouse dan yang paling penting sekali dengan dunia blog Ezao lah, rindulah dekat semua blogWalker,readers dan commentors blog ni! Mulai hari ini, jam ini,minit ini dan saat ini, Ezao akan mula mengupdate blog ni dengan entri-entri panas... cehh!

Beberapa gambar jamuan akhir tah
un bulan lepas,
gambar oleh PHOTOGRAPher amatur 5PA.
Siapa pandai? carilah Ezao! hehe

Yang kat tengah-tengah tu leper,
dia memang masuk air sikit. haha!

HEMM! awak?
Korang memang kreatif dan kritis!
KEK pun boleh jadi design FOTOGRAFI-kan?
Aku mesti rindu koranglah!

Beratus sebenarnya gambar-gambar kenangan kami ni, haha takkan nak upload semua pulak kan? Ezao ambil gambar-gambar yang terbaik dari ladang je. Readers dan bloggers semua? korang semua mesti ada kisah best waktu sekolah dulu kan? kisah best Ezao adalah dengan mereka-mereka ni!

sebenarnya Ezao ada seperkara nak beritahu, tunggulah Entri berikutnya okay?
Usha lagi ...

Friday, November 19, 2010

Ku pohon restu guru-guru!

0 Tindak Balas
Assalamualaikum, semua bloggers dan readers! lama betul Ezao tak berkumandang diblog Ezao sendirikan? blogger-blogger semua tahu kan kenapa? ...

Baiklah! sebenarnya motif Ezao update blog yang dah lama bersarang ni sebab nak buat makluman. haha. makluman apa ye? tak adalah, saja je mahu bertanya khabar dengan bloggers dan readers semua. rindulah nak update blog, tapi Ezao mintak maaf, Ezao memang tak ada masa!

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA! tinggal 2 hari je lagi untuk membuka tirai. Cuaknya tak terkatalah! dan semalam (JUMAAT),di sekolah ada program Restu Ilmu, yang amat sedih untuk kami (pelajar-pelajar tingkatan 5). Macam-macam riaksi ada. Daripada yang muka COOL terus jadi cair. haha.



Paling hadapan Abiza, diikuti Samsul... belakang dia siapa ek?
dan seterusnya Faiz dan belakang sekali ... HAHA. MrEzao la!


Ku pohon restu!

Cikgu Rohaya bt Abu.
Cikgu paling lama di sekolah kami!


Program Restu Ilmu semalam memang sedih dan sayu beserta sebak! Ramai jugaklah yang tersentuh jiwa dan raga apabila bersalaman dengan cikgu-cikgu pohon restu untuk dihalalkan ilmu, Ezao pun nak nangis gak tau time tu, tapi cover sikit. HAHA.

Buktinya? tu... sekumpulan pelajar-pelajar
perempuan sedang teresak-esak melayan perasaan.


Tak sangka Ezao yang Ezao ni dah habis sekolah, cuma belum habis SPM je. Sedih berbaur pilu pun ada nak tinggalkan sekolah Ezao ni yang setelah 5tahun Ezao datang menimba dan menuntut ilmu!


p/s: Terima kasih kat page FACEBOOK sekolah, sebab dah upload gambar-gambar semalam. Sorry lah sebab main copy je gambar-gambar ni, Ezao lupa bawak kameralah! hehe!


Berikut ialah jadual peperiksaan SPM Ezao:

SELASA 23 NOVEMBER 2010
Bahasa Melayu K1/K2

RABU 24 NOVEMBER 2010
English p1/p2

KHAMIS 25 NOVEMBER 2010
Sejarah K1/K2

ISNIN 29 NOVEMBER 2010
Mathematics p1/p2

SELASA 30 NOVEMBER 2010
Pendidikan Islama K1/K2

RABU 1 DISEMBER 2010
Additional MATH P1/P2
KILLER

KHAMIS 2 DISEMBER 2010
Science P1/P2

KHAMIS 9 DISEMBER 2010
Prinsip Perakaunan K1/K2

ISNIN 20 DISEMBER 2010
Ekonomi Asas K1/K2

Oleh yang demikian, Ezao pohon maaf dan doa daripada semua blogger dan reader okay! doakan Ezao dapat buat sebaik mungkin dan dapat banyak A+! terima kasih semua! kita jumpa lepas Ezao habis SPM !

Blogger Templates

Usha lagi ...
Related Posts with Thumbnails
JavaScript Free Code

Mr.Linky,please Link yourself!